OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Asaslamualaikum WBT dan selamat petang semua, lama tak mengemaskini blog, alhamdulillah ni ade kelapangan nak taip resepi pulut mangga besantan, tak ingat dah ros buat bila, tapi sebelum puasa hari tu lah….gambar masih ade dlm DSLR, hari ni baru upload kt komputer, pulut mangga ni sedap dimakan sejuk2, tapi tak leh makan byk sangat, sebab pulut kan, nanti bam bam …dan naik pulak kalori dalam badan, oklah resepi seperti di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Pulut Mangga Bersantan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1 biji mangga ranum saiz sederhana
2 cawan beras pulut
2 cawan air
1 sudu besar mintyak masak
sedikit garam
untuk sos santan
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung beras ( dicampur sedikit dengan air supaya senang larut dlm santan nnt)

cara-caranya

1. Didalam rice cooker, masukkan beras pulut yang telah dibasuh, kemudian masukkan 2 cawan air , 1 sudu minyak masak dan sedikit garam, kacau sebati, kemudian tekan ON dan biarkan sehingga masak.

2. Kemudian buat sos santan pula, masukkan santan, bacuhan tepung beras dan gula, kacau sehingga santan pekat, angkat dan sejukkan.

3. kupas kulit mangga dan hiris kan mangga bentuk dadu ataupun bentuk yang anda suke.

4. Cara penyediaan, masukkan pulut yang telah dimasak di dalam acuan atau pun boleh juga disenduk sahaja atas piring hidang, nak kepal bulat2 pun boleh, kemudian atur mangga di tepinya, akhir sekali curah sos santan, nikmati pulut mangga ini sebagai pencuci mulut. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

sedap dimakan sejuk2 dan  sesuai dijadikan pencuci mulut.

 

Advertisement