OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBTdan selamat pagi buat semua pelawat, walaupun dah masuk bulan 9, maknanya sudah rasmi lah masuk musim luruh, tapi kadang-kadang tu cuaca dan suhu di Osaka ni, panas jugak, jadinya, tekak nak makan yang manis dan sejuk , jadinya ros buatlah puding keramel, ros search resepi ni dekat blog Kak Hana, nampak senang je cara nak buatnya, tu, dan ros buat separuh adunan je, dan gantikan susu cair pada susu segar, guna cara waterbath dan ros guna acuan bulat kecik berukuran 12cm, jadinya elok2 je tinggi nye tu, lagi satu, nak buat nye pun tak guna masa yang lama kejap je. Resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, pada Kak Hana, terima kasih atas sumbangan resepi puding karamel yang sedap ni, izinkan ros share di JM.Com ya….

RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com
telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
satu tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla

Karamel:

5 sb gula
2 sb air

Ros buat separuh adunan dari bahan di atas dan ros gantikan susu cair dengan susu segar, caranya tetap same dengan Kak Hana
Boleh rujuk bahan di bawah

Bahan-bahan

3 biji telur size M
200 ml susu segar
75ml air biasa
2 sudu besar gula
1sk esen vanilla

Karamel:

3 sb gula
2 sb air
Cara-cara

1. Sediakan karamel@gula hangus – masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.

3.Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.

4.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: puding keramel ni anak-anak pun suke, hari tu ros hidangkan buat anak-anak ros lepas diorang balik dari tadika, suke je nampaknye makan, nanti kena buat lagi ni : )

Advertisements