OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kalau buat nori ( seaweed) chips ni memang cepatje licin, sambil tengok tv mengunyah, tak sedar dah banyak masuk mulut, terima kasih pada kak Hasue yang berkongsi resepi ni, ros copy dari myresipi, kalau nak buat menu raya pun boleh ni heheeheheh : )

sumber resepi kak Hasue Myresipi
telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye- ikut lah kuantiti yang nak dibuatye.

1 bungkus kulit popiah ( ros guna 10 keping)
1 bungkus besar dried seaweed (ros guna 5 keping)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu

2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi keseluruhannya

3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis

4. Gunting kulit popiah yg sudah ber’inti’ td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Ros sapukan telur pada kedua-dua bahagian seaweed, supaya kulit popiah di kedua-dua bahagian terlekat rapi, dan ros goreng agak garing, biar lagi rangup, tak rugi mencuba resepi kak Hasue ni, anda pasti menggemarinya.