Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, hari isnin yang lepas ros buat biskut kacang rangup ni, ros tak guna pun minyak jagung mazola, ros guna minyak masak biasa je, sebab nak buat sangatkan, maknanye guna je lah bahan yang ade kt dapur tu, dan ros tambahkan sedikit tepung kanji kentang dalam adunan biskut ini supaya biskut yang dihasilkan ringan dan rangup, lagi satu kat Jepun ni ros guna kacang yang sedia utk dimakan tu je, kacang tanah mentah susah nak dapat, Alhamdullillah hasilnya tidak mengecewakan, sedap dan biskut kacang yang dihasilkan sangat rapuh, cik abang ros pun suke makan. Kalau nak ikut resepi ros ni dipersilakan, jangan risau, confirm jadi punye..heheehehe : ) Selamat Mencuba.
Biskut Kacang Rangup
Sumber resepi: rosmarlina@ jintanmanis.com
330 gram kacang tanah ( ros guna kacang tanah yang siap goreng dan dibuang kulit tu)
300 gram tepung gandum
110ml minyak masak biasa
150 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar mentenga kacang
1 sudu kecil garam
untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.
cara-caranya
1. Kacang tanah diblender hancur.
2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, mentega kacang, tepung kanji kentang dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum di bentukkan.
3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 17 ke 18 minit atau sehingga permukaan biskut perang.
4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba.
Nota: Kalau nak lekatkan kacang tanah sebagai hiasan pun boleh, dan bakar biskut ni kejap je tau, namapk dah perang boleh terus angkat.