OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Asssalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu ros buat biskut cornflakes rangup resepi Kak Yatie, sedaplah biskut ni, rangup sangat, ros tambahkan kismis hitam dan toppingkan dengan chocolate rice, makin berseri-seri biskut ni, terima kasih ros ucapkan buat Kak Yatie sebab kongsikan resepi yang mudah untuk dibuat ni, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye…: ) Ros buat 2 adunan dari kuantiti bahan di bawah.

Biskut Cornflakes Rangup

Sumber resepi : Kak Yatie Sinar Kehidupanku
telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahan

250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi…setelah itu masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas…gaul sebati guna senduk kayu je.
4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
6. Biarkan sejuk di redai biskut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Biskut ni tak makan masa lama untuk membuatnya, dan bila bakar tu, nampak je tepinya dah perang boleh angkat ye.

Advertisements