Mood Buat Biskut Raya….antara resepi kegemaran ros…Biskut Arab Susu…resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba.
Biskut Arab Susu
Sumber resepi: FB Siti Norafizah dan Kak Yatie Sinar Kehidupanku
Bahan-Bahan ( ros buat separuh adunan dari bahan di bawah)
2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)
Cara-Cara
1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
3.bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!
Nota: Ros tak hias pun biskut arab ni dengan ceri merah, sebab takde, bulat2 kan je, lepas tu kan kalau nak letak inti kancang tumbuk pun boleh tau, Selamat Mencuba.