OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, ni menu tertangguh minggu lepas, ros masak ikan bawal masak taucu, campur pula dengan hirisan terung, gandingan yang mantap lah, sedap je bila di makan, taucu ni masin-masin sikit, hiris pula lada merah makin berseri lah lauk ni, resepi biasa je, kalau ade masa boleh cuba ye, takpun boleh bagi idea pada kawan-kawan yang ketandusan idea nak masak ape hari ni..: )

Ikan Bawal Masak Taucu Bersama Terung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 ekor ikan bawal saiz sederhana ( potong dua bahagian)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
1 biji terung panjang ( dibelah dua dan dipotong beberapa bahagian)
1 biji lada merah@lada hijau ( dihiris halus)
1/2 biji bawang besar ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah

5 ulas cili padi ( jika mahu lebih pedas boleh tambahkan kuantitinya)

Cara-caranya

1. Goreng ikan bawal hingga garing dan ketepikan, kemudian goreng pula terung separuh masak, Hiris atau cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan.

2. Selepas itu masukkan taucu dan kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan pula ikan bawal dan terung yang telah digoreng tadi.

3. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa hirisan bawang besar dan hirisan lada merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau lagi, setelah lada merah dan bawang besar agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: ikan tu boleh ganti dengan ape jua ikan kegemaran anda, tapi pastikan digoreng dahulu ye, untuk mengelakkan ikan hancur apabila di masak dengan taucu nanti.

Advertisement