Ayam Masak Madu
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)- semalam ros guna bahagian dada
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato ( dipotong 4 bahagian)
2 sudu makan madu
garam
Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan madu, sos tomato dan sos cili kacau sebati. ( kalau guna sos cili manis thai lagi sedap). JIka mahu berkuah, masukkan 1/2 cawan air. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam akhir sekali baru masukkan tomato yang dipotong 4 dan bawang besar, setelah bawang besar dan tomato agak layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: ayam masak madu ni sesuai di makan bersama nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriani, kalau nak tambah pedas dan merah kuahnya boleh tambahkan sukatan cili kisar dan sos cili. Semalam ros buat ayam masak madu ni berkuah sikit, sebab suke gaul dengan nasi panas, sedap, tapi terpulanglah pada selera masing-masing ya nak buat pekat sikit pun boleh.