OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, puding kasih bertaut ni memang sudah femes di semua ceruk-ceruk dapur blogger masakan, rata-rata semuanya dah mencuba, first time ros makan puding ni masa beraya rumah Kak Nor secubit garam.com tu, sedap dan cantik pudingnya, kaknor bagitau ni resepi dari Kak Naz, dan baru sekarang ros mencubanya, sempat snap masa dah potong je, gambar dalam acuan bunga tu tak sempat nak snap, tapi takpelah janji ade rupa kan, resepi ade kat bawah ni ye, pada kak Naz dan juga kaknor, izinkan ros kongsikan di sini ya, dan terima kasih atas resepi puding yang maveles ini. : )

PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz’s CUTE OVEN, SMALL KITCHEN dan Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan A :

1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan ( ros ganti dengan susu soya)
1/2 cawan gula
1 biji telur ( ni ros tak letak)
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.

2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.

3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.

4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA Dari Kak Naz:

Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements