OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, ros minta maaf ya, hari ni baru lah ade masa nak taip resepi ni, dah dok Jepun ni agak sibuk sikit, anak-anak pun belum mula sekolah, tu yang rasa satu hari tu penuh aktiviti tu, nak melayan peel dan kerenah 3 kanak-kanak ribena ni, wazhif agak aktif meneroka rumah kecil ni, dan biasa lah budak-budak setahun setengah ni kan, kena banyak sabar sikit, oklah berbalik pada menu masak lemak cilipadi udang bersama lengkuas ni, resepi cukup ringkas, namun hasilnya bagi ros cukup sedap, cik abang pun suke, penambahan bahan lengkuas dan hirisan daun kunyit menambahkan lagi aroma dan rasanya, so kalau ade udang kt dalam peti ais tu jangan lupa cuba resepi ni ye.

Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Lengkuas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
300gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
2 inci lengkuas
1 batang serai
7 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
1 helai daun kunyit

caranya
1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: kalau keringkan dan letak kerisik jadi rendang udang, ikutlah selera masing-masing ya, kami ni suke berkuah bila makan, baru sedap nak gaul ngan nasi panas.

Advertisement