Jom makan kek pisang jom, baru je masak ni, panas lagi…hari ni terajin pulak nak membaking, tengok pisang pun ade yang dah ranum sangat, ape lagi terus buat kek pisang, ros saje je marble kan kek pisang ni, kasi beseri sikit, bila dah potong tu memang nampak up sikit rupanya, kakak damia dan anas pun suke makan, sebab ade rasa coklat sikit dalam kek pisang ni, ros tambahkan 1/2 cawan susu segar supaya kek pisang ni tidak terlalu kering, bila makan tu moist je, resepi ade kat bawah ni ye.
Kek Pisang Marble Susu
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.
Nota: kek pisang marble ni lembut dan gebu je, kalau ade pisang yang dah ranum kt dapur tu, boleh cuba resepi ni ye. : )