OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging Goreng Halia
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350 gram daging boneless (dihiris nipis dan direbus)
2 inci halia saiz sederhana
1/4 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji cili hijau (piman) atau lada benggala hijau (dihiris panjang)
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit hirisan bawang besar

1. Mula-mala kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan daging yang telah direbus tadi.

( halia tu kalau tak mau kisar sekali pun boleh, halia dihiris nipis dan memanjang)

2. Jika terlalu kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman) serta hirisan bawang besar, sesuaikan rasa dan angkat, disarankan jangan biarkan cili hijau dan bawang besar terlalu lama, agak-agak dah layu terus tutup api. sedia utk dihidangkan. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Jika guna daging yang fresh tak payah rebus, ros guna yang frozen, kena rebus empuk dulu baru tak liat bila di makan, kalau nak tambah 1 sudu besar kicap manis pun boleh.

Advertisements