Assalammualaikum WBT dan selamat pagi buat semua pelawat yang menanti entry terbaru dari blog Bukan Sekadar Masakan, rasanya hampir 10 hari blog ini tidak dikemaskinikan, minggu lepas ros pergi bercuti, dan bila balik dari holiday tu, mood nak mengemaskini blog dan memasak agak kurang sikit, dua tiga hari lepas baru lah ade kerajinan nak membaking, maka jadilah red velvet cupcakes tu, sebenarnya resepi ni dah masuk list lama dah, tapi sejak dua tiga menjak ni, digoda oleh kak Izah dan kak Marshitah yang dah rasa dan buat kek ni, makin bersemangatlah ros nak mencuba, resepi muffin red velvet ni ros ikut kat blog kak Annaqawina dan sumber resepi asalnye dari Nurul@cake2u terima kasih ya pada kakak-kakak berdua ni sebab mempromosikan dan berkongsi resepi yang sedap dan rasa lain dari yang lain ni, rugi rasanya buat lambat, rasanya cukup sedap dan gebus….ros toppingkan dengan creamy cheesy fosting yang bahanye tu ros campur-campur sendiri je, supaya lebih creamy dan untuk selera anak-anak juga…resepi frosting tu boleh refer kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.
RED VELVET CUPCAKES
Sumber resepi asal di : Nurul@cake2u
Sumber resepi kedua di : Red Velvet Cupcakes By AnnaQawina
Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam
B:
125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012*
Ros buat separuh adunan dari bahan di atas, dan kuantitinya seperti di bawah.
A:
150g tpg gandum
2 camb serbuk koko ( ros kekalkan kuantiti serbuk kokonya sebab nak rasa coklat juga)
1 camt baking powder
1/2 camt soda bicarbonate
1/2 camt garam
B:
63g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
140 g gula castor
C:
1 biji telur saiz M
D:
1/2 camt esen vanilla
1/2 camt cuka putih
1 camb pewarna merah
E:
120ml buttermilk (saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka.
(Campurkan 120ml susu segar (susu cair ) dan 1/2 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012* ( ros ikut cara kak Anna)
CARA-CARA:
1. Ayak (A)-ketepikan
2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
5. Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
6. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
Creamy Cheesy Frosting
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
100gram cream cheese
100ml whipping cream
2 sudu besar gula castor
40gram gula icing
1 sudu besar butter
Cara-caranya
1. Pukul whipping cream bersama 2 sudu besar gula, pukul hingga agak kental dan creamy. ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, butter dan gula icing hingga semuanya sebati, kemudian masukkan whipping cream yang dipukul tadi, gaul sebati. masukkan dalam piping beg dan hiaskan red velvet cupcakes mengikut kreativiti anda. Selamat Mencuba.
Nota: separuh adunan tu buleh dapat dalam 10cupcakes saiz sederhana, cukuplah kalau nak merasa dulu kan, first timelah katakan takut nak buat banyak-banyak, lain kali buleh try buat satu adunan pulak, kek ni amat sesuai dihidangkan pada majlis-majlis istimewa atau majlis harijadi.