OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Iced Chai Latte with Honey
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 uncang teh jenama Lipton, (nak guna teh serbuk atau guna jenama lain pun bole)
1 batang kulit kayu manis atau 1 sudu kecil serbuk cinnamon
4 biji buah pelaga
3 biji cengkih
sedikit halia ( dihiris nipis, agak-agaklah dalam 4 hirisan)
200ml susu segar
350 ml air
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar madu

( kalau tak cukup manis, boleh tambahkan sedikit gula dan kalau nak lagi creamy boleh tambahkan sedikit fresh cream -whipping cream)

Cara-caranya
1. Panaskan air bersama teh uncang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia, bunga lawang dan cengkih. Biarkan mendidih.

2. Kemudian masukkan susu segar dan biarkan sebentar dengan api perlahan, dan kacau sebati.

3. Akhir sekali tapis chai dan curahkan di dalam cawan, masukkan madu dan kacau sebati menggunakan sudu, sesuaikan rasa, kalau kurang manis boleh tambahkan sedikit gula, letak berberapa ketul ais dan sedia dihidangkan sejuk, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak dihidangkan panas, tak perlu letak ais, masukkan madu dan boleh dihidangkan segera.

Advertisements