OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, semalam dinner menu kami ialah ayam bakar satay dengan madu, dah lama nak buat ayam bakar ni, asyik tertangguh je, bila dah ade stok ayam beku tu terus ros buat, perap dari pukul 10 pagi sampai 7 malam, kasi lama sikit, biar adunan mesra sampai ke tulang, bila dah tambahkan madu tu, lagilah sedap, manis dan paling penting elok je permukaan ayam ni bila dah siap bakar tu, perang garing, tu lah fungsi madu tu, selain memaniskan rasa ayam. resepi same je cara ros buat sate ayam tu, cuma kita gunakan bahagian ayam yang ade tulang, kalau sate tu kita kan cucuk-cucuk je dengan lidi, digandingkan pula dengan ketupat segera, kuah kacang timun dan hirisan bawan besar, abang ros kata dah macam menu berbuka dah ni, ros senyum je dengar, pada yang takde idea nakmasak ape yang special untuk tersayang tu, boleh cuba resepi ni ye, senang sedap dan pasti menyelerakan.

Ayam Bakar Satay Dengan Madu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

1 ekor ayam (1kg) di potong 4 bahagian
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci halia
2 inci lengkuas
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Untuk Kuah Ayam Bakar
1/2 cawan santan pekat
baki bahan perapan
sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Se ekor ayam , ros guna yang ayam 1 kg tu, potong 4 bahagian, kemudian cucuk-cucukkan ayam menggunakan garpu supaya bahan mesra dan masuk hingga kedalam isi ayam dan tulangnya.

2. Kisar halus dengan menggunakan blender, ketumbar, jintanmanis, halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan kunyit serbuk, masukkan sedikit air dan ketepikan, masukkan ayam ke dalam bekas dan curahkan bahan kisar tadi, kemudain curahkan madu, garam dan gula, pastikan di gaul sebati dan mesra.

3. Tutup bekas dengan plastik wrap atau pun letakkan dlm bekas bertutup, perap di dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Selepas itu, keluarkan ayam dan susun di atas redai besi, bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah selama 70 minit.

4. Sementara itu, buat kuah ayam bakar, baki perapan yang terdapat dalam bekas itu digunakan sebagai bahan kuahnya, panaskan periuk dan curahkan santan bersama baki perapan itu, sesuaikan rasa, jika rasanya sudah sedang elok, jangan masukkan gula atau garam, takut termasin atau termanis, kacau selalu hingga kuahnye pekat dan naik minyak ( berkilat). Setelah ayam bakar masak, curahkan kuah tadi di atasnya dan sedia untuk dihidangkan bersama ketupat segera, kuah kacang, hirisan timun dan hirisan bawang besar. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak pedas sikit boleh tambahkan sedikit cili kisar atau cili padi, ikutlah selera masing-masing ya, di sarankan bakar ayam ni biar permukaan nye betul-betul perang dan garing, Selamat Membakar.

 

Advertisement