laksa1

Bahan-bahannya

8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
6 ekor ikan kembung atau 1/2 ekor ikan saba ( makarel)
1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan
( kt jepun guna udon kering atau udon yang biasa tu)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam gelugor

Bahan Sampingan
timun
salad
limau nipis atau limau kasturi atau lemon
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi

caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi  jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika,  selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.
4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.

5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

kuahlaksa1

meelaksa

ulam2