OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi amond crumble choux cream, kiranya choux cream ni cream puff lah, letak krim custard dalamnye, cuma kali ni ade kelainan sikit sebab ros letakkan almond crumble atasnya, ros ikut resepi dari rancangan masakan jepun NHK, cara buat choux cream tu sama je dan boleh ikut cara kak Yani dari website Myresipi, cuma letak kan crumble atasnya, resepi ni dari Chef Sadaharu Aoki.

Almond Crumble Choux Cream
Sumber resepi: Chef Sadaharu Aoki dan rancangan Masakan NHK
Sumber resepi yang di alih bahasa: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
20gram butter tanpa garam
20gram serbuk gula
20gram tepung gandum
20gram almond powder

cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, almond powder dan gula di dalam bekas adunan dan gaul sebati, kemudian masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh.
2. kepalkan memanjang dalam ukuran 4cm dan simpan di dalam peti ais sebelum di potong dan di letakkan di atas choux cream nanti.
3. Kemudian buat Cream Puff.

– Sebelum Bakar Cream Puff nanti keluarkan adunan almond crumble dan potong lebih kurang 2.5mm dan letakkan di atas cream puff sebelum di bakar dan bakar cream puff seperti biasa mengikut resepi di bawah.

Cream Puff
Sumber resepi: Kak Yani Myresipi

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

10.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

– Sebelum bakar keluarkan adunan almond crumble dan potong senipis 2.5mm dan letakkan di atas cream puff, ayak sedikit tepung di atas cream puff tadi dan bakar mengikut suhu dan masa di bawah.

11.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

12. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Nak lihat step by step Bergambar dari Resepi Kak Yani cara buat Cream Puff boleh Klik SINI Ya

Nota: Kalau nak sedap krim kastard boleh letakkan sikit fresh cream dalamnye, tekstur kastard krim puna kan jadi lebih sedap dan senang untuk dipiping dalam cream puff nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

cp1

OLYMPUS DIGITAL CAMERA