OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat malam semua, niatnya petang tadi nak buat teh tarik dangdut, tapi tak confident pulak bab tarik tu, takut buih tu tak jadi, akhirnya ros buat teh C Peng resepi Jiya , sedap mudah dan cantik juga di pandang, sebab ade 3 lapis kan, adik-adik pun teruja nak minum, lagi sedap dari rasa teh tarik biasa tu, sebab ade air gula melaka kan, tapi pastikan guna susu cair ye, sebab nak imbangkan kemanisan air teh c peng ni, kalau guna susu pekat manis tu, buleh jugak, tapi kena pandai agak, pada Jiya terima kasih ya kongsikan resepi air teh c peng yang maveles ni. : )

Teh C Peng/ 3 Layer Tea
Sumber resepi: jiya@myresepi.com
telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis. com

Teh Pekat
Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal)
Gula melaka pekat ( ros letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni)
ketulan ais

Cara-cara

1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas… Baru masukkan susu cair.
3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2…
4. Sedia untuk diminum, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
 nampak kan tu 3 layer nye : )

Nota- Guna susu cair@ susu sejat carnation lagi bagus, lagi berkrim rasanya, dan air gula melaka tu letak sikit daun pandan, makin harum aromanya.

Advertisements