Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, kadang-kadang tu bila dah nyahbekukan ayam, ros suke masakkan terus je, nak simpan lagi, rasanya kurang sedap dah, kita pun tak tau berapa lama dah ayam tu beku kan, jadinya, separuh ayam tu ros goreng dan separuh lagi ros perap jadikan ayam tandori, tapi ade kejadianya sikit bila masa perap tu, ros terlebih letak sirap heheehhe, jadinya kalernye ayam tandori ni teramatlah merahnye….aduhhhhh adedehhh, tapi kan rasa ayam ni bila siap bakar tu, tak rasa sirap pun, elok je ….resepi ade kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.
Ayam Tandori Dengan Madu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
1/2 ekor ayam dipotong 2 ataupun 4 bahagian
4 sudu besar plain yogurt@natural yogurt
1 sudu besar serbuk paprika ( kalau takde tak letak pun takpe)
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
sedikit pewarna merah ( tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nanti)
sedikit kunyit serbuk.
2 sudu kecil jus lemon
Caranya
1. Buang kulit pada ayam dan kelarkan sedikit supaya bahan perapan masuk dan mesra sehingga ke dalam tulangnye nanti, gaul semua bahan pada ayam dan masukkan di dalam bekas bertutup, selepas itu perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam atau lebih. Ros sarankan perap ayam tandori ni semalaman baru dibakar.
2. Susun kan ayam di atas redai besi dan kemudian bakar pada suhu 180-200 darjah selama 50 minit hingga 1jam ataupun sehingga permukaan ayam menjadi perang. Apabila sudah setengah jam, balik-balikan ayam dan bakar pula bahagian bawanya nye tadi, supaya ayam bakar sekata, angkat dah hidangkan. Sedap dimakan bersama roti naan, nasi beriani, nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba.

Nota: Kalau nak lagi sedap sebelum makan ayam tandori, perahkan sedikit jus