Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera pada semua pelawat Jintanmanis.com, hari ni ros nak kongsikan resepi puding cocktail fruits sos kastad yang selalu ros buat, resepi nye agak mudah, dan rasanya pun boleh tahan, ni adalah menu berbuka ros semalam, sedap nye makan puding yang manis dan sejuk walaupun di kala musim winter kat jepun ni, suka akan rasa buah campuran dalam puding ni, resepi ade kat bawah ni ye.: )
Puding Cocktail Sos Kastard
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
1 tin kecil cocktail fruits
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml air+syrup dalam tin coctail fruits
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Potong buah campuran kecil kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar, air+syrup dalam tin cocktail fruits, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.
2. Masukkan pula buah cocktail, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih puteri ayu dan acuan remekin bentuk love.
3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding cocktail tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Nota: Kalau nak guna agar-agar stripe pun boleh, tapi kuantiti cecair nye tu agak-agaklah ye, dan kalau nak sedap boleh juga tambahkan lagi kuantiti buah campuran tu, seperti hirisan buah peach, lagi banyak buah cocktail lagi seda