OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, hari minggu yang lepas ros buat kuih koci labu, kalau kuih koci pulut hitam pun ros suke, bila letak labu puree ni, lagilah cantik kalernye, kuning diraja gitu, ros buat separuh paket tepung pulut tu, lebih kurang 300gram, dapat banyak jugak, boleh lah semua merasa, buat menu minum petang, resepi ade di bawah ni ye, Selamat Mengoci….
Kuih Koci Labu
Sumber resepi: rosmarlina  @ jintanmanis.com

Bahan untuk adunan kuih koci

300gram tepung pulut
200gram labu puree ( rebus labu, lenyek baru ditimbang)
sedikit garam
1/2 cawan santan
sedikit air ( air kena pandai agak-agak, letak sikit-sikit)

1. Didalam bekas adunan, campur tepung pulut, air, isi labu, santan, dan garam, gaul sebati dan tekstur adunan ini seakan-akan adunan buah melaka. ketepikan. Buat inti kelapa.

untuk inti
1/2 biji kelapa inti (kelapa yang kulitnye tidak terlalu coklat,tak muda sangat, tak tua sangat)
70gram gula merah
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air

caranya..
1. Di dalam kuali, masukkan kelapa, gula merah, gula, sedikit air dan daun pandan, kacau sehingga semuanya sebati, biarkan gula merah betul-betul menyaluti kelapa parut, kacau selalu dan biarkan inti agak kering. angkat dan sejukkan.

Cara melipat. ( beberapa pelepah daun pisang yang telah dilayur)

1. Ambil daun pisang yang telah di potong beberapa bahagian, sapukan sedikit minyak di atas permukaan daun pisang, letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti kelapa, tutup kemas. Lipat daun pisang sehingga menjadi bentuk kuih koci, kukus selama 10 ke 15 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak letakkan dadih atas kuih koci ni pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, nak buat dadih tu senang je, santan, garam dan tepung beras, kacau hingga pekat.

Advertisements