Assalammualaikum wbt dan selamat petang semua, seperti yang dijanjikan hari ni ros nak kongsikan resepi baked yogurt cheese cake yang ros buat hari ahad lepas untuk dihidangkan pada tetamu dari Fukui yang beraya di rumah, ni lah first time ros bakar dan suai padan bahan untuk dijadikan baked yogurt cheese cake, selalunye ros buat rare, gunal gelatin, tapi saje je nak try macam mana rasa di bakar pula, setelah main agak-agak je bahan tu, alhamdulillah jadi juga dengan jayanya, kek ni bila letak dalam acuan kek tu, sayup je tinggi, jangan risau ya memang kek ni akan naik, tapi bila dan keluar oven nanti dia akan kembali ke saiz asal, kalau tak confident buleh curah dlm dua acuan kecil tapi nanti tak tinggi cantik lah jadinya, resepi boleh rujuk di bawah ni ya, ade cukup bahan boleh cuba, kalau nak tanya ape2 boleh bagi komen kt bawah entry ni ya. Selamat Mencuba.
Baked Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
ros guna acuan springform 20cm
180 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) kat malaysia boleh guna natural yogurt jenama nestle
120 gram tepung gandum
60gm gula
180gm cream cheese philidelphia
4 biji kuning telur
200 ml whipping cream
Bahan untuk meringue
4 biji putih telur
80 gram gula
-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel ( tisu dapur) , curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.
Topping
coklat cair atau coklat Hesley yang dalam botol tu.
Cara-cara
1. Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang pembakar dan panaskan pada suhu 160 darjah.
2. Kemudian putar cream cheese bersama gula hingga lembut,masukkan pula kuning telur dan pukul hingga agak kembang, selepas itu masukkan plain yogurt dan sebatikan dalam adunan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan curahkan pula whipping cream kacau sebati. ketepikan.
2. Buat meringue- pukul putih telur hingga berbuih, baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kental dan menjadi meringue, cara nak tau putih telur tu dah betul2 kembang, bila kita terbalikkan bekas adunan, putih telur tu elok je terletak dan tidak jatuh.
3. Bahagi adunan meringue pada 3 atau 4 bahagian dan masukkan ke dalam adunan kek tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik, jangan terlalu lama mengacau meringue, takut overmix, pastikan meringue betul-betul sebati dalam adunan kek dan jangan gunakan mixer, gunakan senduk kayu atau spatula.
4. Alas dasar springform dengan baking sheet dan sapukan marjerin di keliling acuan, curahkan adunan , ambil coklat cair dan paipkan di atas permukaan kek dan lorekkan menggunkaan lidi mengikut kreativiti masing-masing. balut sedikit bawah acuan kek spring foam hingga separuh ketinggan acuan dengan alumunium foil supaya air tidak termasuk dalam acuan.
5. Bakar selama 70 ke 80 minit atau sehingga permukaan kek menjadi perang, sejukkan atas redai, setelah sejuk baru masukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam baru dipotong, hidangkan sejuk baru sedap dimakan, selamat mencuba.
Nota: kek ni kalau kita biarkan semalaman dalam peti ais lagi sedap, esok nak makan boleh buat hari ni, topping tu kalau nak tukar pada sos blueberry atau strawberry pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya.