OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros berkongsi pula cara ros masak ayam goreng berempah, senang je, ros guna bahan yang sedia ada dalam peti ais, ros suke makan ayam goreng berempah ni bersama nasi lemak, memang kenalah dengan citara ros, pada yang ingin mencuba boleh rujuk resepi di bawah ni ya, Selamat Mencuba.

Ayam Goreng Berempah
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/2 ekor ayam di potong 4 atau 5 bahagian
2 inci halia
2 inci lengkuas
sedikti kunyit hidup@ sedikit kunyit serbuk
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar@ 4 biji bawang merah
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
sedikit daun kari
sedikit garam

kalau nak masukkan sedikit serbuk ciil pun boleh, untuk tambah kepedasan dalam perapan dan rasa ayam nanti.

cara-caranya

1. Tumbuk halus halia, lengkuas, kunyit hidup dan bawang besar, kemudian lumurkan pada ayam yang siap dipotong dan dibersihkan tadi.

2. Masukkan juga serbuk kari, lada kisar, garam dan daun kari. gaul sebati dan perap selama lebih kurang 1 jam ke 2 jam sebelum digoreng.

3. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng ayam berempah hingga garing, sesuai dihidangkan bersama nasi lemak atau dimakan bersama nasi putih, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ayam sedang diperap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
rasa ayam yang rangup dan sedap
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
sesuai dimakan bersama nasi lemak
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ayam goreng berempah dan nasi lemak kukus

( jika ingin rasa rempah lagi, boleh tambahkan sedikit jintanmanis dan ketumbar, tumbuk halus bersama bahan kisar yang lain).

Advertisements