Dah mula rasa panas ni, nak minum yang berais je, sejuk rasa tekak bila minum air sweet pineapple cocktail ni, rasa pun sedap, warna air ni yang membangkitkan selera, pati air ni boleh simpan lama dalam peti ais, nanti kalau nak buat boleh bancuh je, resepi asala dari Blog Che`Iza, terima kasih kak, kongsikan resepi air yang senang nak buat ni, rasa pun fuhhh menyamankan. : )
Bahan-bahan ( sumber resepi asal dari Blog Lepak Rilek Santai Che`iza) Izinkan ros kongsikan resepi air ni di JMC ya.
Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.
Nota: Masa ros buat air ni tak guna gula batu pun, sebab takde stok, guna gula biasa je, cuma ros tambahkan lagi kuantiti gula putih tu, bagi menggantikan kuantiti gula batu dan ros masak sampai betul-betul pekat supaya pati sweet pineapple ni tahan lebih lama. : )
Cantik rumah baru Ros, semuga terus berjaya dengan resepi2 vogue! ade stock nenas, nnti balik dari kampung baru buat.. puasa2 pun kecur tengok cocktail ni!
LikeLike