OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat petan semua, hari tu ros buat nasi minyak hujan panas, alhamdulillah menjadi, rasa macam kt kenduri kendara je, nasi minyak hujan panas ni cantik berseri sebab byk warna, cara nak warnakan nasi, tunggu sampai nasi masak dulu ye, dan boleh ikut resepi di bawah, ros makan dengan ayam masak merah dan acar nenas, Ros guna beras Thai biasa je ni, tak guna beras jasmine pun, tapi klu kawan-kawan ade stok beras jasmine atau beras basmathi boleh guna ya, lagi elok berderai dan sedap, ade masa nanti boleh cuba, Sedap dimakan sebagai menu tengahari.

Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 cawan beras biasa ( kalau guna beras basmathi atau beras Jasmine lagi sedap)
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia ( dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 sudu besar butter@marjerin
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
susu segar secukupnya @ susu cair
sedikit kismis dan garam

Cara-caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar serta kismis, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing ya, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak.

4. Setelah nasi masak, ambil 3 batang lidi atau chopstick, masukkan 1 lidi di dalam pewarna merah, hijau dan kuning, kemudian cucukkan di dalam nasi, letak kan dua tiga tempat setiap warna, kemudian gaul rata nasi, anda akan dapatkan warna warni yang cantik, jadilah nasi hujan panas.

sedap dimakan panas-panas dan sedia untuk dihidangkan ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

– untuk menaikkan seri lagi nasi minyak hujan panas ini, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery@daun sup ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
nasi minyak dan pelenghkap nya, ayam masak merah dan acar nenas

Nota: Kalau nak guna susu cari lagi sedap tau, dan boleh juga simpulkan satu helai daun pandan bagi menaikkan lagi aroma nasi minyak ini.