OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni barulah ade kesempatan nak taip resepi ikan merah kukus tu, kali ni ros guna hirisan mangga muda bagi memeriahkan lagi rasa ikan merah ni, ros ni suke je yang masam-masam, bila dah letak mangga muda ros tak letak cuka, takut nnt over masam pulak, resepi kalau nak rujuk ade di bawah ni ye, Selamat Mengukus Ikan Merah : )

Ikan Merah Kukus Mangga Muda ( Ikan Merah Stim)
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

1 ekor ikan merah ( saiz sederhana)
1 kuntum bunga kantan
4 inci halia ( guna halia muda lagi sedap)
3 helai daun limau purut
4 biji cili padi
1/2 biji lemon@limau kasturi yang diperah jusnya
sedikit hirisan mangga muda
sedikit garam
1 batang serai
1/2 ikat daun ketumbar ( ni taknak letak pun takpe)
1 batang lobak merah
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya

1. Ikan merah dibersihkan, kemudian diperap dengan separuh kuantiti air perahan lemon@limau dan garam, ketepikan.

2. Bunga Kantan, halia, daun limau purut, cili padi, serai dan mangga muda, dihiris halus dan nipis, kemudian satukan dengan separuh lagi air perahan lemon dan masukkan lada hitam dan sedikit garam, gaul dengan ikan merah tadi, pastikan dalam perut ikan merah itu juga diletakkan bahan-bahan tadi. balut ikan dengan alumunium foil dan letakkan di atas piring bujur yang muat dalam kukusan.

3. Sediakan pengukus, setelah air kukusan mendidih, masukan ikan bersama alas piring bujur tadi dan kukus ikan selama 30 ke 35 minit, setelah ikan betul-betul masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba. Sedap dimakan bersama sos steamboat dan dimakan panas-panas, Selamat Mencuba.

Resepi Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu ade DI SINI

Nota: Jika ingin menaikkan lagi seri ikan merah kukus ini, boleh juga masukkan hirisan lobak merah, dan apabila ingin dihidangkan tabur sedikit dengan hirisan daun ketumbar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ikan merah sebelum dikukus
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
siap dikukus dah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements