OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam ros ade letak gambar donut yogurt vanila di fanpage Bukan Sekadar Masakan di FB kan, so hari ni ros kongsikan resepinye, kombinasi yogurt dan vanila tu memang sedaplah, jangan risau ya, doh tidak akan rasa masam, yogurt tu membuatkan doh dan donut makin lembut, dan aroma vanila tu menjadikan donut ni lebih istimewa, ni adalah eksperimen terbaru ros, nak di ikutkan macam-macam jenis donut lagi ade kt resepi kuih muih tu, rajin rajinkan lah key in words DONUT diruang search tu ye, nanti berderet-deret dan pelbagai jenis resepi donut akan keluar, ebook mengenai donut pun pernah ros publish dulu, pada sesape ade plain yogurt kat rumah tu boleh cuba resepi ni ya.

Donut Yogurt Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur)
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
Untuk Salutan
sedikit serbuk gula
Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat, setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan).

2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).

3. Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
donut yogurt vanila sebelum di goreng
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
siap digoreng

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
gebu gebas kejadiannya

Nota: Kalau nak topping dengan cooking coklat pun boleh dan jika mahu frozenkan donut ni, boleh goreng donut separuh masak, sejukkan dan kemudian dimasukkan didalam plastic ziplock, simpan di dalam peti sejuk beku, bila mahu makan, keluarkan donut frozen tadi dan biarkan di dalam suhu bilik beberapa minit baru digoreng.

 

 

Advertisement