OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Salah satu resepi daging yang mudah di buat dan sedap dimakan, jika nak tambah lada benggala hijau atau merah pun boleh, ikut selera masing2 ya, Selamat mencuba.

daging masak lada hitam
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

350 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus hingga empuk)
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
1/4 bawang besar ( dipotong bentuk ring)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sedikit katakuriko atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya

1. Mula-mula cincang halus bawang putih dan halia ( kalau nak tumbuk lumat pun boleh) , panaskan minyak. Tumis bahan tadi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar, sos tiram, kicap serta daging yang telah direbus tadi. kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. jika terlalu kering masukkan sedikit air.

3. Setelah semua sudah sebati masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar, bila bawang besar sudah layu, tutup api dan buleh lah dihidangkan bersama nasi panas. Hias ikut kreativiti masing-masing . Selamat mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak tambah hirisan daun bawang, tomato, lobak merah atau lada benggala hijau pun boleh, lagi meriah nampak warna masakan ni, sure rasa pun lagi sedap. Ros suke daging lada hitam ni, bila makan panas je rasa perut, hihihi : )

 

Advertisements