ketam1

Untuk penggemar  ketam , di sini ros kongsikan ketam goreng bercili cara yang selalu ros masak, kalau nak tabur bijan goreng atas nye tu lepas masak pun boleh. Selamat Mencuba.

Ketam Goreng Bercili
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
4 ekor ketam size sederhana
2 sudu besar cili sos + 4 sudu besar cili kisar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 batang kulit kayu manis
sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum ( utk disalut pada ketam sebelum digoreng)
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1. Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan, gaul ketam bersama sedikit garam dan salut kan dengan tepung gandum, goreng hingga agak masak dan angkat.

2. Kisar bawang besar, dan bawang putih, panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar tadi, setelah naik bau baru masukkan cili kisar, selepas itu masukkan madu, sos cili dan air, setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

ketam2