OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, Alhamdulillah hari ni baru ade masa nak taip resepi gulai ikan merah style ibu mertuaku ini, bila pertama kali makan kat Terengganu beberapa tahun lepas, terus teruja nak tau resepi, rasa gulai ikan yang lain dari yang lain dan tak muak bila makan, ape lagi sesi menyungkil resepi pun bermula, senang rupanya nak buat, memang klu jumpe ikan merah kan, ros terbayang nak masak gulai ni, memang bertambah lah kalau makan dengan nasi putih tu, resepi di bawah ni ya, terima kasih pada Mak Mertuaku yang berada di kampung wakaf mempelam kuala terengganu, Puan Mariam Abd Rahman, atau cucu cucunya panggil tokyam. : ) resepi dan jasamu di hargai : )

Gulai Ikan Merah Aroma Ketumbar Ibu Mertuaku
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/2 ekor ikan merah size sederhana di potong berberapa bahagian
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
4 biji bawang merah @ 1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit hidup @ kunyit serbuk2 biji tomato
2 cawan santan
sedikit belacan
sedikit garam
4 biji cili padi
1 keping asam gelugor
sedikit gula nisang terengganu

Cara-caranya

1. ketumbar, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, belacan, gula nisang terengganu dan cili padi dimasukan didalam pengisar, masukkan juga 1/2 cawan air dan kisar hingga halus.

2. Masukkan kesemua bahan yang kisar di dalam bekas kecil dan masukkan juga cili kisar, kacau sebati, Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau, setelah agak mereneh masukkan pula santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

3. setelah mereneh masukkan pula ikan merah, kacau perlahan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, akhir sekali masukan 1 keping asam gelugor dan setelah ikan masak dan semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putiih, Selamat Mencuba.

Nota: Sekali lagi jika anda sukakan pedas kuantiti cili padi tu boleh ditambah ya, dan kalau nak masukkan hirisan kacang buncis atau kacang panjang dalam gulai ikan ni pun boleh, ikutlah selera masing-masing.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
rasa rempah ketumbar dan lemak santan bersama ikan sangat sesuai
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
sedap dimakan bersama nasi panas