OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua, nasi ayam nasi ayam, rasanya ramai penggemar nasi ayam kan, begitu juga saya, cik abang ros memang suka makan nasi ayam ni, sebab tulah ros banyak resepi nasi ayam, ade nasi ayam panggang, nasi ayam madu, nasi ayam hainan dan yang terbaru ni, Nasi ayam ala gerai, kunun nak cube buat macam kat kedai tu, hihihi, kira bolehlah, sedap juga ros rasa, kena lah ngan citarasa ros, sape lah nak ckp sedap kan, macam tekan lif sendiri je ni heheehehehe…oklah kat bawah ni ade resepi nya, nanti kalau share resepi ni jangan lupa link ke blog ros kembali ya, selamat masak nasi ayam ye..: )

Resepi Nasi Ayam Ala Gerai oleh ros jintanmanis.com
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan untuk merebus ayam
1kg ayam ( 1ekor ayam) dipotong 2
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 liter air
sedikit garam

caranya

1. Ayam dipotong 2 bahagian, jika ayam besar nak potong 4 bahagian pun boleh, tapi jangan kecik sangat ya, bersihkan dan toskan airnya. Kemudian kupas bawang putih dan buangkan kulit luar halia, bawang putih diketuk dan cincang kasar, halia dihiris nipis.

2. Selepas itu, masukkan 2liter air ke dalam periuk dan masukan ayam, bawang putih dan halia, rebus ayam separuh masak dan sehingga air rebusan mendidih, masukkan juga sedikit garam.

3. Setelah ayam separuh masuk, angkat dan letakkan ayam di atas redai besi. Biarkan sebentar ayam di atas redai besi itu.

4. Air Rebusan ayam di bahagi pada dua bahagian, satu bahagian untuk nasi ayam dan satu lagi untuk sup ayam.

2a

Bahan Untuk perapan pada ayam
1/2 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang putih
3 sudu besar kicap manis kipas udang ( nak guna jenama lain pun boleh)
sedikit gula
sedikit garam
1 sudu besar kicap pekat
beberapa titik minyak bijan

Caranya.

1. Masukan semua bahan diatas didalam pengisar dan masukkan sedikit air, kisar hingga hancur, kemudian lumur kan pada ayam, perap selama lebih kurang 30 minit.

2. Setelah diperap, goreng ayam dalam minyak sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknye, apabila hendak dimakan baru ayam dipotong kecil-kecil, rasa ayam akan moist dan tidak kering.

* Kalau nak masukkan madu dan sos tiram dalam perapan ayam ni pun boleh, ros tak masukkan sebab sayang minyak masak tu nanti, ikutlah selera masing-masing ya *

3a

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan tumisan untuk Sup Ayam dan Nasi Ayam

1/2 biji bawang besar
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih
1/2 buku halia saiz kecil
sedikit minyak untuk menumis

( bahan tumisan di atas dibahagi dua bahagian, satu untuk sup ayam satu lagi untuk nasi ayam)

Caranya untuk buat sup ayam

1. Di dalam kuali kecil, masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis sehingga keperangan.

2. Kemudian curah kan bahan tumisan tadi didalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam tadi, kacau sehingga sebati dan masukkan sup bunjut, sesuaikan rasa sup ayam dan masukkan sedikit lada hitam dan lada sulah, biarkan mereneh sebentar . Angkat dari api dan ketepikan, apabila ingin dimakan nanti, masukkan sup ayam di dalam bowl kecil dan taburkan daun bawang atau daun sup di atasnya.

5a

Sos Cili Nasi Ayam

caranya
1 biji Cili Besar Merah+3biji cili padi merah
sedikit halia
2 ulas bawang putih+sedikit hirisan bawang besar
1 sudu besar cuka
sedikit garam dan gula serta beberapa titik minyak bijan untuk menaikan aroma sambal cili nasi ayam.

caranya

1. Didalam pengisar (blender) masukkan cili besar, cili padi, halia, bawah putih, bawang besar dan sedikit air, kisar sehingga halus, selepas itu masukkan dalam periuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, beberapa titik minyak bijan dan gula. Masak sehingga sos cili nasi ayam ini agak pekat, kacau selalu, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam.

Bahan Untuk Kicap Nasi Ayam
Lebihan perapan pada ayam tadi
sedikit air
1 sudu kecil gula

Caranya

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih, angkat dan ketepikan.

4a

Bahan Untuk Nasi Ayam
separuh bahagian air rebusan ayam tadi ( sukatan air rebusan ayam ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya)
Baki bahan tumisan sup tadi ( hirisan bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang)
3 cawan beras
1 sudu kecil kicap manis
1 ikat daun pandan
beberapa titik minyak bijan
2 sudu besar butter atau marjerin
sedikit garam

Carannya

1. Di dalam kuali masukkan 2 sudu besar marjein atau butter, setelah butter cair , tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau masukkan beras yang sudah di basuh dan ditoskan, kacau semua bahan dan goreng sebentar.

2 Kemudian masukan sedikit minyak bijan dan kacau lagi, curahkan semua bahan yang digoreng tadi didalam periuk nasi elektrik dan masukkan airi rebusan ayam, untuk mendapatkan warna nasi ayam yang menarik masukkan 1 sudu kecil kicap manis, kacau lagi, akhir sekali masukkan 1 helai daun pandan yang telah disimpul, ON dan masak nasi seperti biasa.

11ab

12ab

Bahan sampingan

Hirisan Tomato, Timun, dan Daun salad.

Nota: Cara Memasak nasi ayam ni terpulang pada citarasa masing-masing ya, nak kurangkan dan tambahkan mane yang patut pun boleh, asal jadi, resepi ros di atas ni boleh dijadikan asas ataupun rujukan pada sesiapa yang memerlukan atau pun yang ikut cara ros, Selamat Mencuba ya : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Advertisements