sz2

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal minggu ini, Alhamdulillah pagi ni ros berkesempatan nak taip bahan dan cara memasaknya satu-satu, bahan nak buat mi udon sizzling ni pun lebih kurang dengan nasi ayam claypot cuma caranya lebih mudah dan gunakan mi, jika tiada mi udon boleh juga diganti dengan yee mi ataupun mi kuning biasa, so jangan risau, yang penting rasa kuahnye tu kena sedap dan ade rasa mcm mi sizzling yang dijual di kedai tu, takde pan sizzling pun takpe, kita guna je peralatan yang ade, jika cukup bahan boleh cuba resepi di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Mi Udon Sizzling
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

3 ikat udon kering atau ( yee me atau mi kuning)
2 keping ayam tanpa tulang bahagian peha n dada ayam ( dipotong kecil)
6 ketul cendawan shitake kering ( rendam beberapa jam di dalam air biasa sehingga kembang)
2 inci halia di potong nipis
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit tepung katakuriko ( tepung kanji kentang) atau tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
4 tangkai cili kering dipotong 3 atau 4 bahagian
1/4 batang carrot ( dipotong seperti anak mancis)
sedikit serbuk lada putih
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
sedikit sawi yang dicelur

Cara-Caranya

1. Rebus udon mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan.

2.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, hirisan lada kering dan hirisan halia, setelah naik bau, masukkan pula ayam, kacau sebentar, setelah permukaan ayam agak perang dan garing sedikit baru masukkan 2 cawan air, biarkan seketika hingga kuah mereneh.

3. Selepas itu masukan sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, minyak bijan, carrot, cendawan shitake yang dipotong 2 dan garam, kacau sebati. Jika nampak kuah telalu sikit boleh masukkan lagi 1 cawan air, kacau lagi.

4. Akhir sekali ambil katakuriko ( tepung kanji kentang) atau tepung jagung dan campurkan dengan sedikit air, curah bancuhan tepung jagung itu ke dalam kuah sizzling untuk pekatkan kuah, kacau selalu. setelah semua bahan masak dan kuah pekat tutup api dan ketepikan. ( kalau nak masukkan terus udon yang siap direbus tadi pun boleh, kacau sebati dan boleh dihidangkan terus panas-panas), jika mahu pecahkan sebiji telur boleh ikut langkah no.5 dibawah.

5. Cara Penyediaan, ambil udon yang siap direbus tadi masukkan di dalam fry pan kecil curahkan 4 senduk kuah sizzling dan pecahkan 1 biji telur jika suke, tutup fry pan supaya telur cepat masak, kemudian masukkan mi sizzling di dalalm pinggan dan toppingkan dengan sayur sawi yang siap dicelur tadi. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

sz7
kuah sizzling dan udon rebus yang ros gunakan

Nota: Kalau nak tabur degan bijan goreng pun boleh, nak letak fish ball ke fish cake pun boleh ikut selera masing-masing ya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
mi udon sizzling di Osaka Siap
sz3
ros suke letak shitake tu byk2, sedap hihihi
sz4
sawi yang dicelur jgn lupa ya
Advertisement