OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, Alhamdulillah berkesempatan nak update blog hari ini, sebab ros dah bercuti panjang dari kelas seharian, kuih ni ros buat semalam, tiba-tiba teringin nak buat kuih puteri ayu, sedap bila dimakan bersama teh o panaskan, ros masukan juga plain yogurt dalam adunan ni, hasilnye puteri ayu yang gebu dan lebih lembut, resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba : )

Kuih Puteri Ayu Yogurt
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 25 – 30 biji )

3 biji telur
3/4 cawan gula ( nak blender halus pun boleh)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar plain yogurt @ natural yogurt
( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)

Untuk dasar kuih puteri ayu – sedikit kelapa parut yang dicampur dengan 1/2 sudu kecil tepung gandum dan garam.

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan, kemudian asing putih dan kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang dan putih ( meringue) ketepikan, selepas itu di dalam bekas yang belainan, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang.

2. Selepas itu satukan kuning dan putih telur yang dipukul tadi, kacau sebati, kemudian masukkan plain yogurt, ovallette, pukul lagi, masukan pula tepung sedikit demi sedikit dan santan berselang seli, kacau sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau atau pandan emulco, kacau sebati supaya warna hijau sekata, perap adunan lebih kurang 20 ke 30 minit sebelum di kukus. Panaskan kukusan.

3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan ke dalam acuan puteri ayu dan selepas air kukusan mendidih kukus lebih kurang 7 minit. Angkat dan boleh dihidangkan sebagai menu minum petang, selamat mencuba.

jadi

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

– jika tidak mahu asingkan putih telur dan kuning telur pun boleh, tapi pastikan telur dipukul dengan gula sehingga kembang.

-. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

-. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

kukus1
pengukus perlu di balut mcm ni ya

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
blkg imej puteri ayu ni ade gambar meiji yogurt yang ros gunakan, kat Malaysia boleh pakai natural yogurt ya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
gebu gebas kejadian nya
Advertisement