OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu gi kedai runcit kat kampung ros ni, ternampak lah pula, sebungkus kacang soya, 200gram tu baru rm2 murah murah, ape lagi balik rumah terus rendam dan dah terbayang akan kesedapan air soya buatan sendiri, ros rendam semalaman, biar kacang soya tu betul-betul kembang. resepi ni , yang biasa ros buat dulu, ros tambahkan sedikit garam bagi menambahkan rasa lemak dalam air soya ni, resepi air soya ni boleh rujuk kat bawah ni ye, boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa, buat sendiri baru terjamin kebersihannya.

Homemade Air Soya Lemak Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
okara atau dlm bm ya hampas soya

Nota: Kepekatan air soya ini, boleh dilaraskan, jika mahu pekat boleh ikut kuantiti 2 litre tu, jika nak cair sikit boleh juga tambahkan kuantiti airnya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
air soya suam dan air soya ais
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
sesuai utk berbuka puasa
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
buat sendiri baru puas hati
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
soya suam yang ada juga penggemarnya

 

Advertisements