Mari kita cuba letak buah kurma dalam masakan daging, ni hasil eksperimen ros jumaat lepas, tak sia-sia letak buah kurma ni, hasilnya tidak mengecewakan, buah kurma akan menjadikan daging cepat empuk dan memekatkan kuah masakan ini. Apa lagi, kalau ade baki buah kurma masa bulan Ramadhan hari tu, boleh ke dapur buat daging beriani buah tamar ni, tak guna rempah beriani pun dalam resepi ni, ros saje-saje je letak, sebab hasilnya se akan-akan daging beriani tu. Resepi ade kat bawah ni ye.
Daging Beriani Buah Tamar
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
400 gram daging tanpa tulang
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Caranya
1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.
2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.
3.Selepas itu masukkan susu segar@santan pekat, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Sedia untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.
Nota: Tak perlu tambahkan gula dalam masakan ni, sebab kurma kan dah manis, sangat sesuai di makan bersama nasi minyak, nasi beriani atau nasi putih, pasti membangkitkan selera.
