Tips-Tips Membuat Roti
| Masakan - Roti |
| Share |

Tips membuat roti dari pengalaman ros yang lepas.
Jika menggunakan tangan untuk menguli
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunye lebih kurang 30darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sbb ros ade pengalaman, kononnye nak jimat, bila buat ape pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm adunan.
5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan, tapi kalau ade penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.
6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, seperti yang pernah ros mention sebelum ni di dalam resepi roti-roti ros, cara ini amat berkesan dan ros telah mencubanya ber ulang kali, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2 roti jadi besar dah roti takkan gebu, ros dulu ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti akan naik elok, tp ros silap, semua nye kena timing betul-betul. masa perap ni jgn lama, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu kan, mengikut pemerhatian ros, untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja baru gliss ya.
11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi ros selalu guna suhu oven 180darjah lah, bila nampak doh dah perang kt permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.
Ha, macam mana byk yang perlu kita jaga kan bila buat roti ni kan, dan kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.
Buat roti pun bukan terus boleh jadi, first time ros buat roti pun, rotinya keras boleh baling ke dinding, keras sgt2, hahhahaha, tapi ros tak putus asa, ros terus cuba dan terus mencuba sampai lah mahir dalam bab meroti ni, dan ros kongsikan pengalaman dan tips, ikhlas buat semua, jika ade yang ros tertinggal tolong bagitau ye, dan ros akan updates kemudian.
SELAMAT MEROTI BUAT SEMUA


water roux, klu letak ni dlm doh, roti akan lembut gebu, insyaAllah
Di atas ni ade gambar bahan yang sering ros gunakan, tapi yang ade kt jepun lah, cuma dough softner n bread improver je dari Malaysia, kalau takde dua bahan ni pun takpe, boleh guna water roux ya.., nak buat water roux tu boleh rujuk SINI, guna water roux lagi bagus, sebab takde bahan kimia..: ), so takde alasan dah ye nak meroti...hihihi...
| Share |




















Comments
terima kasih ya.
Setelah beberapa kali ikut resepi membuat roti dr blog ros ni, inilah pertama kali membaca petua meroti. Alhamdulillah menjadi semuanya tapi untuk makluman, saya hanya guna tepung rotu & bahan2 yg murah2 je. Kebetulan berhampiran pejabat ada kedai menjual alat2 kelengkapan membuat kek & roti so semua bahan dibeli dari kedai tersebut.
Rasa roti & donut saya selama ni kira biasa2 jelah sbb bhn murah kan, jadi saya nk mtak nasihat ros supaya dapat kongsi tepung2 dan bahan2 yg sedap (brand apa) unt meroti dan berdonut.
Trm ksh :)
sebenarnya kalau nak proofing tak perlu tengah panas..tutup je dengan tuala lembab dan letak je atas meja..
info yg baik
mesti nak coba....
terima kasihh
Amber try jugak buat roti 2-3 kali. Alhamdulillah, memang gebu, tapi masalahnya roti jadi berkerak atas dan bawah. Kenapa ya? Guna campuran tepung roti dan tepung gandum. Jadi berkerak. Try guna campuran tepung roti dan tepung superfine, sama jugak. Kenapa ya? Harap sudi comment. Wassalam......
ros kt jepun klu kt mesia tak sure BM tu ade jenama ape, sori ya tak leh nak bantu,dlm hal ni hehe, tp klu uli tangan pun ok gak, kuantiti sikit, klu ade BM lagi bagus heeheee
alhamdulillah...skrg ni tiap kali buat roti mesti menjadi punya. Tima kasih byk2 ye ros bagi petua2 tu.
skrg ni bila dah selalu buat roti ni dlm kepala pun mula lah terbyg2 BM tuh..hehe
Agak2nya jenama apa yg paling bagus yer? Ros guna BM jenama apa?
saya pun suke guna water roux, sbb tak suke guna bread impover or bread softner...slmt meroti ya, berkat air ta ngan sendiri utk anak2
same^same...suke drg puan buat roti menjadi, makan roti ingat ros ya
aah kena panaskan oven dulu sebelum bakar, sronok kan buat rotidgn anak2...anak ros yang sulong, pun suke tolong ros kat dapur..
wah nak buat bisnes ye, good luck ya, saya doaakan, makan roti resepi saya tu ingat ros ya..
Salam kenal. Suka sgt baca blog ni & pernah beberapa kali buat roti guna resepi kat sini. Seronok jgk 'meroti' nih. Boleh jgk jadi aktiviti bersama anak2 sbb anak2 pun join sekali time menguli doh dlm plastik tuh.
Oh ya...kita kena panaskan dulu ke oven tu sblm bakar sbb rasanya saya dah ikut semua step yg ros bagitau ni tapi roti saya tu tak nak jadi gebus mcm ros punya?
RSS feed for comments to this post.