Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 812 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Snek/Makanan Ringan

Popiah Seaweed Chips

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Kalau buat nori ( seaweed) chips ni memang cepatje licin, sambil tengok tv mengunyah, tak sedar dah banyak masuk mulut, terima kasih pada kak Hasue yang berkongsi resepi ni, ros copy dari myresipi, kalau nak buat menu raya pun boleh ni heheeheheh : )

Bahan-bahanye- ikut lah kuantiti yang nak dibuatye.

1 bungkus kulit popiah ( ros guna 10 keping)
1 bungkus besar dried seaweed (ros guna 5 keping)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu

2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi keseluruhannya

3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis

4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba.

Nota: Ros sapukan telur pada kedua-dua bahagian seaweed, supaya kulit popiah di kedua-dua bahagian terlekat rapi, dan ros goreng agak garing, biar lagi rangup, tak rugi mencuba resepi kak Hasue ni, anda pasti menggemarinya.

 

Masak Keropok Ikan Dalam Microwave

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Jom kita cuba masak keropok ikan guna renji ( microwave) senang pun senang, tak guna minyak pun, sesuai lah pada sesiapa yang tengah berdiet tu, actually kan pernah masak papedem jugak guna cara ni, rangup jugak jadinya. Cara ini diperkenalkan oleh Kak Zela aka Alezron di Myr tu, tapi ros copy caranya dari Blog Kak Yani, ape pun terima kasih buat Kakak berdua ni kerana berkongsi satu lagi Alternatif Goreng Keropok Ikan. : ) Di bawah ni cara-caranya,

Sumber asal dari Kak Zela dan Ros copy dari Blog Kak Yani Toke Myresipi , Aku adalah Aku.

Caranya

1. Susun 6 atau 8 keping keropok ikan di atas piring , tekan renji (microwave) 600watt dan setkan 1 minit, jika keropok tebal boleh lebihkan masa 1 minit 30 saat atau sehingga 2 minit. Sedia untuk dihidangkan sungguh rangup dan tidak berminyak.

Nota: Keropok ikan memang sedaplah kan di cicah dengan sos cili, kat rumah ni stok keropok ikan sentiasa je ade, sebab ramai je penggemar nye, makan bihun dengan keropok, makan ikan singgang pun dengan keropok hihihi : )

 

Crispy Potato Wedges

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Sumber resepi dari Kak Noorsha Port Dickson, ros copy dari Myresipi, terima kasih kak Noorsha atas resepi yang ringkas ni, dah berapa kali ulangtayang kt rumah ni pun tak terkira dah, anak-anak suke sangat. : )

Bahan-bahanya

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( ros tak letak)
1 sudu teh serbuk cili ( tak letak sbb anak-anak tak mau pedas)
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut ( ros guna tepung goreng ayam)
Garam

Cara-cara

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

untuk anak-anak,ros hanya salut dengan tepung goreng ayam je, untuk ros pulak ros campur serbuk kari dalam tepung goreng ayam tu, baru rasa pedas-pedas sikit.

Nota: Ros buat potato ni, kentang tu ros tak rebus dulu, terus je salut dengan telur dan tepung, nak cepat kejelah ni, tapi mengikut tuan punye resepi ni kalau rebus dulu kentang tu, lagi sedap, takpe lain kali buleh try rebus dulu, sure lagi lembut kentang tu nanti. : )

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1997
mod_vvisit_counterSemalam9310
mod_vvisit_counterMinggu ini19765
mod_vvisit_counterMinggu lepas62708
mod_vvisit_counterBulan ini187604
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8805016
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..