Masakan - Sayur

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, semalam ros buat kerabu mangga, tapi guna bahan yang ade je kat dapur tu, dan tak letak pun sos ikan,  dan ros gantikan dengan belacan yang telah di bakar, fuhhh memang sedaplah, tambah pula dengan perahan limau nipis....resepi boleh rujuk di bawah ni ye, rugi tak cuba, pasti menyelerakan.

Kerabu Mangga Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
5 biji mangga muda ( mangga telur)
1/2 biji bawang besar
1/2 biji limau nipis ( diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng (ditumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk kasar)
sedikit belacan bakar ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
sedikit gula
sedikit garam
5 biji cili padi

Cara-caranya

1. Kupas mangga muda dan parut halus, kalau nak cincang nipis pun boleh, ros guna parut je sebab nak senang keje dan cepat.

2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, satukan dengan parutan mangga, jus limau nipis, kacang goreng dan udang kering yang siap ditumbuk kasar, sedikit gula dan garam, kacau sebati dan pastikan semua bahan mesra.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama tomyam dan sedap dimakan bersama nasi putih. selamat mencuba.

kerabu mangga yang menjadi idaman ku selalu

Nota: Kepedasan boleh dilaras mengikut selera masing-masing ya, dan boleh juga ditambah sedikit dengan parutan lobak merah bagi menaikkan lagi seri kerabu mangga ini.

Share

 

Comments  

 
0 #2 noorsalina 2012-10-02 16:19
,,,sedapnya,,,s y br try n sedap....makmertua suka...
Quote
 
 
0 #1 hajar 2012-01-04 23:09
aku kalau kerabu mangga ni kureng sket..tapi kerabu lain mmg feberet...naaakkkk
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh