Masakan - Sayur

Share

Assalammualaikum dan selamat tengahari buat semua, hari ni ros nak kongsikan resepi kailan ikan masin, ikan masin ni ros sarankan guna isi ikan masin kurau, sebab sedap dan senang sebati dalam gorengan sayur ini, lagi satu ros tak gunakan bawang merah,sebab nanti warna kailan akan tak lawa hijaunye, dan berubah menjadi lebam....jadinya ros gunakan bawang putih sahaja, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, tak payah nak makan kat kedai dah, boleh buat sendiri kt rumah. Kali ni ros gunakan baby kailan yang kecik molek tu, ros potong 4 bahagian je, nak guna kailan yang saiz biasa tu pun boleh, batang kailan tu hiris nipis ya, supaya senang empuk nanti.

Goreng Kailan Ikan Masin
Sumber Resepi:rosmarlina @ jintanmanis.com

1 Paket baby kailan (atau se-ikat kailan)
2 keping isi ikan masin kurau ( saiz kecil)
sedikit minyak bijan( ni tak letakpun takpe) - untuk menaikkan lagi aromanye
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah ( dihiris nipis)
4 biji cili padi
Minyak masak secukupnya untuk menumis serta sedikit garam
sedikit sos tiram

Cara-cara

1. Potong baby kailan pada 4 bahagian, basuh, tos dan ketepikan, tumbuk lumat, bawang putih, cili padi  dan isi ikan kurau.

2. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang  ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.

3. Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati, akhir sekali masukkan kailan dan hirisan cili merah. titik kan juga sedikit minyak bijan. ( kalau kailan saiz biasa, masukkan batang kailan dahulu baru daunnye).

4. Gaul rata dan kacau sehingga  sayur layu, jika mahukan sedikit kuah, masukkan suku cawan air, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, Selamat Mencuba.

sedap di makan panas-panas

Nota: Kalau nak tambah sayur carrot pun boleh, biar lagi berseri, serta boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.

Share

 

Comments  

 
0 #5 Emarozy nuar 2014-01-08 22:00
x sabar nk cuba, sok pasti nak try resepi ini...
Quote
 
 
+1 #4 bungasegar 2012-01-29 12:23
erm best n simple..tadi baru buat..
tq for shared this recipe..
Quote
 
 
-1 #3 mely lilyana patie 2011-12-06 08:10
Quote
 
 
0 #2 mely lilyana patie 2011-12-06 08:10
hemmm aq pngen masak ky ini,,,
Quote
 
 
0 #1 zana 2011-12-03 12:59
tahniah ros.. tak sabar nk ke kedai mborong majalah ni.. sayur ni suke mkn panas2 n ratah2 gitu jer..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh