Masakan - Sayur

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, menu sambal tempoyak daun kayu ni antara makanan yang sinonim dengan masyarakat di negeri sembilan, dan selalu di dapati di kenduri kendara, walaupun bahan nya agak banyak dan menggunakan pucuk-pucuk daun tapi cara penyediaanye cukup mudah, dan kaya dengan aroma tempoyak dan agak pedas. Resepi sambal tempoyak daun kayu ni ros ikut resepi dari CMG, terima kasi ya cik mat, sekarang kan musim durian, kalau ade lebih isi durian tu buleh tempoyak ye, dan cuba resepi ni.

Sambal Tempoyak Daun Kayu
Sumber resepi: Cik Mat Gebu@Tiffinbiru.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus ( ros tak letak sebab takde)
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

Nota: Kalau guna durian yang baru gugur untuk di buat tempoyak lagi sedap, hidangan istimewa yang pasti menggamit selera pada penggemar tompoyak seperti saya. : )

Share

 

Comments  

 
0 #7 2011-10-21 15:44
Kak ros, nk tnyer semua puck kayu tu perlu dicelur ke sblm dicmpur masukkan didalam Santan n lain2? Or hiris mentah2 jer...
Quote
 
 
0 #6 2011-07-09 13:11
Quoting mas:
kak mas suka sangat tempoyak ni..
sedappnya..
klu kenduri kat n9..mesti ada tempoyak ni kan ros...

menu wajib di negeri sembilan, tp tgk rezeki juga heheheee
Quote
 
 
0 #5 2011-07-09 13:10
Quoting quinnie:
memang tak boleh nak tahan la kalau tengok gulai tempoyak nih...heheheh

heheehhe, sure terliur ye, nnt cuba buat ya
Quote
 
 
0 #4 2011-07-09 13:09
Quoting Naz:
Ros, kegemaran Kak Naz ni... Sedapnya...

samelah ngan ros kak, leh geng ni
Quote
 
 
0 #3 2011-07-07 16:00
kak mas suka sangat tempoyak ni..
sedappnya..
klu kenduri kat n9..mesti ada tempoyak ni kan ros...
Quote
 
 
0 #2 2011-07-07 14:10
memang tak boleh nak tahan la kalau tengok gulai tempoyak nih...heheheh
Quote
 
 
0 #1 2011-07-07 12:15
Ros, kegemaran Kak Naz ni... Sedapnya...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh