Entry Khas Water Roux dan Gelatin
| Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua, hari ni ros nak buat entry khas mengenai water roux dan gelatin, sebab ramai yang bertanya, ros mula-mula dapat resepi water roux tu dari blog MamaFami, dari situlah ros mula cuba buat dan aplikasikan water roux ke dalam resepi roti ros, water roux adalah alternatif bagi bread improver atau bread softner.
serba sedikit mengenai water roux
1. water roux hanya tahan lebih kurang 3 hari sahaja, sila simpan water roux di dalam peti ais, dan ros hanya gunakan lebih kurang 2 sudu besar water roux sahaja bagi satu adunan roti.
2. satu adunan penuh water roux 50gram tepung dengan campuran air 250ml kita boleh gunakan 4 kali dan selalunya ros hanya buat separuh adunan sahaja.
3. Fungsi water roux adalah untuk menjadikan doh roti lebih lembut dan gebu, tapi paling penting dalam pembuatan roti adalah tepung roti, pastikan tepung yang digunakan tepung high protein atau tepung superfine.
4. Jika menggunakan water roux di dalam adunan roti, pastikan kuantiti bahan cecair yang lain seperti susu atau air suam perlu dikurangkan lebih kurang 10ml ke 20ml. ni berdasarkan pengalaman ros .
resepi water roux - source from Blog MamaFami - thankyou so much, ros copy n share kan disini ya
Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.
Ingredients :
50g flour
250g water
1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.
When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Mengenai Gelatin ( promosi free je ni )....hihihi....
- Jika ade resepi menggunkan gelatin, ros akan gunakan gelatin dari jenama halalgel, ros memang bawa banyak stok dari Malaysia, sebab sediamaklum bahawa di Jepun memang tiada gelatin yang halal.
- Kalau duduk di luar Negara atau di dalam negara pun boleh order online di website consumer Halalgel disini, pelbagai jenis payment boleh di lakukan, Halalgel menggunakan DHL sebagai agen penghantar bagi sesiapa yang order dari Luar Negara.

Order ONLINE Gelatin Halalgel Klik di SINI
Website Rasmi HalalGel Klik di SINI
Diharap segala infor mengenai water roux dan gelatin ni dapat membantu kawan-kawan di luar sana ya, sebarang kemusykilan boleh email kepada saya rosmarlina @ jintanmanis.com untuk keterangan lanjut ya.

Nota: Terima kasih pada yang bertanya ya, dan di harap segala info di atas dapat menjawab segala persoalan yang diberikan. Wassalam.
| Share |




















Comments
time kasih atas info nih...baru ku tahu..hehe
Akak baru came accross JMC pagi tadi dan amat teruja dengan 'water roux' ni. Ianya adalah jawapan yang akak cari selama ini bagi menggantikan Bread Softner dan Bread Improver. Akak terus try buat dan juga 3 resepi dari JMC hari ini. Pasal water roux, harap halalkan info ini yang mana akak lampirkan dalam blog akak di yummy2mama.blogspot.com...kredit semestunya ada diberi pada ros dan JMC...TQ so much!!
nora copy untuk buat rujukan dan panduan.... halalkan yer..
infor dan ilmu perlu dikongsi bersama..slmt merotiya
rujukan buat ros juga dan semoga di hargai oleh teman2 yg lain
salam, sharing is caring...semoga bermanafaat
salam kak nieza, seronok meroti ya, suke gak tgk roti kt blog akak tu, cun gebus semuanya, slaam perkenalan dari ros ya
salam kak, try lah kak buat water roux ni, oo dari sabah ya...salam perkenalan dari ros ya kak
sila sila kak, share link ni, ros ok je
ur welcome
Terima kasih kerana bagi info yang sangat berguna dan lengkap! tidak ternilai harganya. Semoga dpt dijadikan rujukan buat teman2 lain.
RSS feed for comments to this post.