Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 446 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Roti

Mini Wholemeal Sausage Buns

Masakan - Roti

Assalammualaikum dan selamat petang semua, semalam ros buat roti sosej gandum penuh, sebelum tu, yis dah kehabisan, dah lah hujan renyai semalam, tapi gagahkan diri jugaklah pegi kedai naik motosikal, semata-mata nak beli yis, terus buat, lama dah tak makan roti baru masak, kat rumah pun ade stok tepung wholemeal, ros letakkan sosej sebagai intinya, mak dan abah pula nak inti kacang merah, satu adunan ni dapat banyak juga, cukup untuk minum petang dan sarapan pagi ini, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Meroti buat semua.

Mini Wholemeal Sausage Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
330gram tepung roti (tepung high protein)
120gram tepung wholemeal
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk inti-sosej yang direbus dib dan inti kacang merah )

* untuk gliss dan topping*
- sedikit bijan dan ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan gentelkan memanjang, lilitkan pada sosej dan susun di dalam di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak atau dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, taburkan dengan sedikit bijan, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

- Ros ambil 1/3 adunan tu dan bulatkan kecil, masukkan inti kacang merah, susun dalam acuan petak dan bakar seperti biasa.

roti sosej gandum penuh yang belum di bakar

perang berkilat pemukaanya, harum baru keluar oven

ni pula mini bun berintikan kacang merah, lembutt....

Nota: Aroma Roti yang baru masa dari oven di percayai adalah satu terapi untuk minda, kalau yang minat buat roti tu, memang suke sangat bau roti yang baru masak kan, selain tu, rasa roti nye pun fresh dan menyelerakan.

 

Golden Pumpkin Bun

Masakan - Roti

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, labu oh labu, tak habis-habis labu dalam peti ais tu, rasanya kalau letak dalam bun sedap ni, ros terus rebus dan lecek, sambil tu buat water roux, timbang bahan dan mulakan meroti, Alhamdulillah menjadi, gebus, lembut dan sedap roti labu ke-emasan ni, warna pun kuning je cantik, ros toppingkan dengan gula pasir, sekali pandang macam roti naik pula....sesiapa yang ade labu tu , boleh cuba ye, memang tak rugilah letak dalam adunan roti, menjandikan roti lebih berkhasiat, lembut dan berseri warnanya, tanpa sebarang pewarna. Resepi boleh rujuk di bawah ni ye. : )

Golden Pumpkin Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

golden pumpkin bun yang cantik warnanya....kuning ke-emasan

bertali gebus...lembut sangat bun ni tau..: )

Nota: Bun labu ini ros sengaja tak letak inti sebab nak cicah dengan teh o atau kopi o, dan boleh juga dibelah dua dan disapu dengan kaya, makin sedap jadinya, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang, selamat mencuba. Satu lagi resepi roti labu yang pernah ros letak dulu : Resepi soft honey raisin pumpkin bun boleh juga rujuk di SINI ya.

 

Bun Coklat Chip Kismis Hitam

Masakan - Roti

roti coklat kismis hitam ni untuk mak abah dan ros, budak-budak ros latak coklat chip je

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, apa khabar hari ni, kat tempat ros sekarang mendung je, dengar cerita Kuala Lumpur tengah jerebu ya, ros harap semuanya akan jaga kesihatan dan kalau kena pakai mask tu pakai lah ye, lebih baik mencegah dari mengubat, berbalik pada tajuk di atas tu, lama dah tak meroti, sesekali tu gian jugak nak pegang doh roti yang lembut lentok tu, bulat-bulatkan, dan paling ros suke, bau roti yang baru masak, aromanya cukup memikat. Resepi bun coklat chip kismis hitam ni ros suke, anak-anak pun suke, ros bahagi dua dohnye tu satu ros masukkan coklap chip satu lagi ros combine dua-dua, sebab budak-budak tak suke kismis hitam kan, bila nampak je bun coklat ni dah masak, masing-masing tak sabar nak makan, roti panas semua suke, oklah resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, nak buat separuh adunan pun boleh, selamat mencuba.

Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
420gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
30gram serbuk koko
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
190ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(bahan tambahan, sedikit kismis hitam dan coklat chip)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali coklat chip dan kismis hitam dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan coklat chip dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, masukkan pula coklat chip dan kismis hitam, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

bun coklat chip kismis hitam sebelum dibakar

satu adunan dapat banyak jugak...kenyang makan

siap di bakar, nampak tu coklat chipnye....

lembut dan berkapas tekstrunya....gebussss

yang ni ros letak coklat chip je ni, khas buat anak-anak

Nota: Nak toppingkan bun ni dengan coklat rice pun boleh, satu adunan ni dapat banyak juga, ros letakkan dalam acuan petak, acuan sandwish dan acuan muffin, semua dapat makan, buat menu minum petang sampailah ke sarapan ke-esokkannya.

 

Blueberry Finger Bun

Masakan - Roti

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros rasa kan ros tak boleh nak updated resepi baru setiap hari, sebabnya ros terikat dengan rutin harian, dan tak cukup masa nak membalas komen-komen di blog ros ni, mungkin ros akan update 2 kali sehari, sebabnya masa takde entry tu ros boleh balas pertanyaan dan bagi jawapan, ros harap semua pelawat memahami ya, berbalik pada tajuk roti di atas tu, tak tau nak cakap apelah, ni antara roti yang paling lembut dan gebus yang pernah ros hasilkan, mungkin sebab adenya water roux dan ditoppingkan dengan jaluran blueberry tu, membuatkannya sangat sedap dan menepati citarasa ros, kalau ade masa dan cukup bahan ros rekomenkan resepi di bawah untuk dicuba, pasti tak menghampakan.

Blueberry Finger Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti (tepung high protein)
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
150ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk topping, sedikit blueberry filling- boleh dibeli di kedai bahan-bahan kek dan roti )

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan jejari (lonjong), susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, masukkan blueberry filing di dalam plastik dan lubangkan di penjuru plastik tadi, jalurkan melintang ke tas bun dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

roti jejari beribiru yang baru siap dibakar

sungguh gebu dan lembut

close up sikit, amacam tergoda tak? : )

Nota: Kalau takde bluberry filling boleh juga ganti dengan kiwi, ataupun strawberry, sesuai sangat dijadikan sarapan atau minum petang, satu adunan ni boleh dapat salam dua loyang saiz 18 cm, dan boleh dimakan seisi keluarga.

 

Bun Harum Durian

Masakan - Roti

Bun Harum Durian
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
350gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
40gram isi durian ( dari 3 ulas durian)
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner atau bread improver
sedikit kelapa kering, hirisan badam dan sos kastard sebagai hiasan.

( ros juga masukkan sedikit sahaja pewarna kuning dalam doh ini, bagi menaikkan lagi seri warnanya)

* untuk gliss*
 ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan  sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda. ( ros letak dalam acuan silicon dan alaskan dengan papercup)

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan ros toppingkan bun durian ni dengan kelapa kering, hirisan badam dan sos kastard, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Bun Harum Durian sebelum ditoppingkan ape-ape

comot betul jaluran kastard tu...adedehhhhh...ade yang badam slice dan dry coconut

siap bakar dah ni...elok je terletak dalam acuan silicon tu

ni pula dalam papercup muffin

cam muffin je bentuknya, tapi sebenarnya roti heeheheee

lembut dan gebu teksturnya

Nota: Bun ni sengaja ros tak letakkan inti sebabnya ros cicahkan nye dengan kuah durian yang ros buat  tempoh hari, kalau nak letakkan inti pun boleh, ikutlah kesesuaian bahan yang ada ya.

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini6774
mod_vvisit_counterSemalam8197
mod_vvisit_counterMinggu ini40392
mod_vvisit_counterMinggu lepas61579
mod_vvisit_counterBulan ini269810
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8887222
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..