Masakan - Roti

Share

recycle botol kaca yakun kaya toast hihihi

Ros buat kaya pandan ni tengahari semalam, ntah kenapa tiba-tiba teringin pulak nak makan kaya pandan, godek punye godek jadilah resepi kat bawah tu, bila siap masak je tunggu suam jab, terus sapu atas roti, sedapnye tak terkata, manis pun  elok-elok je, ros dapat satu bekas kaca saiz sederhana  dan setengah bekas plastik kecil hasil dari sukatan resepi di bawah ni, ros kongsikan hasil eksperimen kaya dengan semua, nak guna jus pandan sepenuhnye sayang pulak daun pandan yang tingggal beberapa helai tu, akhirnya guna esen pandan dan pewarna hijau je : )

Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)

350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand)

3/4 cawan gla ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu)

1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)

3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)

1 helai daun pandan di simpul

beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)

beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya

1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.

2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.

3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.

- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )

tekstur kaya nye lebih kurang pekat dan berkilat macam ni

setelah di sapu atas roti putih, memang sedap : )

Nota: Seri Kaya Pandan ini boleh tahan di dalam peti ais lebih kurang 3 minggu jika di simpan rapi di dalam peti ais dan mungkin akan boleh tahan lebih lama lagi, sedap dimakan bersama roti bakar dan anak-anak pasti menggemarinya.

Share

 

Comments  

 
+2 #8 2010-05-11 19:14
Quoting sakura.emi:
slm ros..wah cm beli laa..leh la jual kat sana..sure untung :-)

hehehe nak jual?? heheehe takdelah emi, jual kt perut sendir boleh lah hahaha
Quote
 
 
0 #7 2010-05-11 19:13
Quoting mummyseri:
salam ros, wah sedap jugek ni yek..
cantek je kale ijau ni..suke la tgk:)

salam kak seri, aa nnt try kaya pandan ni pula ye, sedap kak, harum je bau nyeee dah siap kaya pandan akak, kasi ros rasa sikit ya
Quote
 
 
0 #6 2010-05-11 19:12
Quoting love2cook:
Ros, Love suka makan kaya pandan ngan pisang atas roti! hehehe...mintak cikit...cantik kaler die! ;)

wah good idea tu love, nnt ros try buat mcm tu, sure sedap ni, klu dekat boleh kasi love rasa sikit heheheeee
Quote
 
 
+1 #5 2010-05-11 19:12
Quoting yusrina:
kalu buat inti pau pown sodap ni kak ros..nyummmm...rjin betullah kak ros ni.. :D

kakros rajin buat , sbb kakros nak makan, heheehehe, tulah ingat nak buat inti pau jugak ni...tungguuu...
Quote
 
 
0 #4 2010-05-11 10:36
slm ros..wah cm beli laa..leh la jual kat sana..sure untung
Quote
 
 
0 #3 2010-05-11 10:21
salam ros, wah sedap jugek ni yek..
cantek je kale ijau ni..suke la tgk:)
Quote
 
 
0 #2 2010-05-11 09:34
Ros, Love suka makan kaya pandan ngan pisang atas roti! hehehe...mintak cikit...cantik kaler die! ;)
Quote
 
 
+1 #1 2010-05-11 08:08
kalu buat inti pau pown sodap ni kak ros..nyummmm...rjin betullah kak ros ni..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh