Masakan - Roti

Share

Ros panggil bun Strawbeery ole sebabnya Ole bermaksud ape-ape jus buah yang dicampur dengan susu segar. Dapat idea buat bun ni bila tengok buah ichigo( strawberry ) dalam peti ais tu dah ranum sangat takde sape nak makan, jadinya ros masukkan je dalam adunan roti.

Bahan-bahanya

200 gram tepung roti

50 gram tepung gandum

2 sudu besar marjerin

7 biji strawberry ranum diblender dengan 120 ml susu

1/2 biji telur

2 sudu besar gula

3 sudu besar dried fruits ( ros guna ceri merah dan kismis hitam)

1 1/2 sudu kecil yis

1 sudu kecil bread improver atau dough softner

sedikit pewarna merah ( ros guna sirap) - pink doh tu agak-agak ye

( jika tiada strawberry fresh boleh ganti dengan 2 sudu besar jem strawberry di blender bersama susu segar tadi)

Caranya

1. Masukkan semua dlm bekas aduna dan uli hingga tak melekat pada jari. kemudian perap doh selama satu jam.

Kaedah lain : Penggunaaan Breadmaker, masukkan semua bahan kecuali dried fruit tekan Dough dan On je, bila dah siap uli sekejap dan masukan dried fruits, kemudian boleh terus bentukkan bulat-bulat.

2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 atau 12 dan susun dalam acuan petak,  rehatkan selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

- Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu  macam mana nanti.

bun ichigo ole sebelum di bakar

letak kismis hitam, yang ceri merah nye menyorok pulak hihihi

sedia untuk dihidangkan

Nota: Rasa bun ni sedap dan wangi je,  kalau tak nak letak dried fruits pun takpe biar kosong je, ikutlah selera masing-masing ya : )

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-05-06 17:51
Quoting kakzana:
Ros...akak cilok resepi ni nanti ye. Ada jem dlm peti, kismis dan buah cheri kering tak abis2.

sblm expired leh buat bun ni kak, sure anak akak suke nye heeheee
Quote
 
 
-1 #5 2010-05-06 17:51
Quoting kakzana:
Ros....konpem akak cilok resepi ni sb ada jem dlm peti tak berusik,cherri kering pun bnyk, kismis pun ada...
susah la anak akak nk mkn buah n sayur, terpaksa fikirkan cara mcm ni, letak dlm roti.

aa cukup bahan dah tu kak, ape lagi nnt try ya, pastu kasi ros rasa tau...heheeh, slmt meroti ya kak
Quote
 
 
0 #4 2010-05-06 17:50
Quoting sakura.emi:
salam ros...tok3x..emi dtg dgn imn ni..nk brfast bun ichigo ..bau smpi sini ni..:D

emi ni lah bun yang lama tu emi, baru ros nak letak entry, sori ek emi hehee, nnt jumpe ichigo leh try ya emi, takpun guna jem stoberi je heeheee
Quote
 
 
0 #3 2010-05-06 10:19
Ros...akak cilok resepi ni nanti ye. Ada jem dlm peti, kismis dan buah cheri kering tak abis2.
Quote
 
 
0 #2 2010-05-06 10:17
Ros....konpem akak cilok resepi ni sb ada jem dlm peti tak berusik,cherri kering pun bnyk, kismis pun ada...
susah la anak akak nk mkn buah n sayur, terpaksa fikirkan cara mcm ni, letak dlm roti.
Quote
 
 
0 #1 2010-05-06 09:19
salam ros...tok3x..emi dtg dgn imn ni..nk brfast bun ichigo ..bau smpi sini ni..:D
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh