
Huhuhu...lepas gian meroti jab, kali ros cuba buat kelainan, tapi takdelah lain sangat, cuma masukkan pisang yang telah dilenyek dalam adunan roti je, yang seronoknye anak-anak laju je makan, yang kakak damia suke yang plain, yang anas pulak suke yang coklat, ros dan abang suke dua-dua hihi...: ) , seperti biasa kalau adunan yang mengandungi sayur atau buah puri ni, roti akan moist dan lembut, bagi ros, pasti ade siaran ulangan nye nanti bun pisang ni, bahan pun senang nak dapat, jangan risau ya, ros tak uli roti kali ni, ros suruh Bread Maker yang uli, ros tinggal bentukkan bulat-bulat je...senang keje.

bun pisang sebelum di bakar
Bahan-bahanya ( sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
)
200gram tepung roti 50gram tepung gandum 70gram pisang yang telah dilenyek 1 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe) 1 1/2 sudu yis 1 sudu besar gula 1 1/2 sudu besar marjerin atau butter 1 sudu kecil bread impover ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux) 1 sudu besar serbuk koko sedikit krim coklat nuttella secubit garam 160ml susu segar ataupun air suam
Cara-caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.
2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan pisang yang telah dilecek dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Cara lain jika menggunakan bread maker :
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali serbuk koko dan krim nuttella, pilih menu doh dan tunggu sampai doh siap diuli.
3. Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara, uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 2 bahagian , satu bahagian di campur dengan serbuk koko, bahagi doh pada 5 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil krim coklat nutella sebagai inti, satu lagi bahagian biarkan plain dan bahagi pula pada 4 bahagian, susun berselang seli doh coklat dan plain seperti papan dam di dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
4. Setelah naik, sebelum di bakar, gliss permukaan bun pisang tadi dengan sedikit susu segar yang telah dicampur dengan beberap titik madu.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

choco banna bun ( inti krim coklat nutella)

bun pisang kosong

teksturnya lembut je

Nota: Kalau letak dalam acuan sandwish loaf pun boleh, dan boleh jugajadikan bun pisang coklat sepenuhnya , cuma gandakan sahaja kuantiti serbuk koko tu. Ikutlah selera masing-masing ya.
|

Menu brunch pada hari khamis lepas, ringkas namun cukup membangkitkan selera, lagi-lagi dengan sos lada hitam, memang macam roti john kt pasar malam tu, cik abang pun kata sedap, inti dia tu ros letak daging cincang dengan hirisan nugget ayam taufu, baru sedap bila dikunyah.
Bahan-bahanya 3 roti hotdog 2 biji telur sedikit daging cincang ( daging cincang ni masak tanpa minyak dan tabur sedikit dengan lada sulah, dan nugget ayam taufu yang dicincang halus ( nugget ayam ni goreng dulu) 1/4 biji bawang besar (dipotong dadu) sedikit kobis dihiris halus 1/2 sudu besar serbuk kari daging 1/2 cawam mix vegetable garam lada sulah sedikit minyak masak
( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )
Cara-cara
1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget ayam, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.
2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.
3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing. 4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.
5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
untuk resepi sos lada hitam boleh CLICK SINI
untuk resepi Roti Hotdog boleh CLICK SINI ( guna resepi roti burger dan bentukkan bujur)
untuk resepi nugget Ayam Taufu CLICK SINI

makan panas-panas sedap ni

letak mayonis n sos lada hitam banyak-banyak baru sedap

Nota: Kalau takde roti hotdog tu, guna roti putih biasa pun buleh, rasa nye same je, cumanya rupa je lain sikit, sesuai dijadikan menu brunch atau minum petang.

Inilah projek meroti ros hari jumaat lepas, saje nak try letak bancuhan gula merah dalam adunan doh roti, Alhamdulillah hasil eksperimen ros berjaya, rasa roti yang lain daripada yang lain, dengan aroma gula merah, kat jepun pun ade gula merah, rupa dan teksturnya same je dengan gula merah kt Malaysia tu, dan dipanggil kuro sato. Dengan rasa seronoknya ingin ros berkongsi resepi bun gula merah ni dengan kawan-kawan semua. Jangan lupa cuba ya, hasilnya pasti tak mengecewakan anda. : )
Bahan-bahanya-sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
180gram tepung roti 50gram tepung gandum 2 sudu besar skim milk@susu tepung 3-4 sudu besar gula merah 100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam 40gram butter 2 sudu besar gula 1 1/2 sudu kecil yis 50 ml air 1/3 sudu kecil garam 1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)
bahan sampingan 1/3 cawan kismis hitam
Cara-caranya ( uli tangan)
1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.
3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.
5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.
KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)
- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

bun gula merah sebelum di bakar

setelah proses pembakaran

ros buat dua versi,satu di biarkan plain, satu lagi letak kismis hitam

yang ni bun gula merah plain

yang ni letak kismis hitam
Nota: Roti ni sangat lembut dan gebu je, bila dah sejuk pun menten je lembutnya, ros sarankan simpan bun ni di dalam bekas bertutup, takpun di dalam plastik, bagi mengekalkan kelembutanya, yang seronoknya anak-anak suke, diaorang ingat bun coklat, sebab warna perang bun ni seakan coklat rupanya apabila siap dibakar. : )

Menu Pizza di kala takde idea dah nak masak ape, nasib baik semua suke makan, senang keje Ummi, kali ni ros guna resepi Cik Mat Gebu, Pizza Gebu, memang sesuailah dengan tuan punye resepi ni, ros copy dari blog Kak Hana Kanazawa tu, terima kasih ya cik mat dan kak hana kerana telah melonjak kan mood ros nak bua pizza, lama tak makan, satu doh tu macam-macam ros buat, mini pizza untuk anak-anak dan pizza satu loyang besar untuk kami, tak habis frozen kan, lepas tu nak makan panaskan je..hihi, gebus habis lah doh pizza ni suke suke...: )
Bahan-bahan ( resepi asal dari CMG izinkan ros kongsikan di sini ya Cik Mat) 300 g tepung gandum 6 g instat yeast ( ros guna 4gram yeast je) 20 g mentega 10 g gula halus 1 camca teh bread improver (optional) ( ros x letak) 1/4 camca teh garam 1 1/2 camca besar madu 170 ml air Sedikit tepung untuk ditabur
( ros tambah 2 sudu besar olive oil dan 2 sudu besar susu segar dalam adunan ni)
Cara-cara
1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no 1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

pizza gebu sebelum dibakar

dah siap dipotong

sedia untuk masuk mulut...

ros gandingkan juga pizza gebu ni dengan air fresh oren
Nota: Ros topping dengan ape yang ade je dalam peti ais tu, dan mini pizza pulak hanya letak sosej, mayonis dan tomato ketchup khas buat anak-anak, suke tengok sebab dioarng makan beria pizza gebu ni. Lain kali boleh buat lagi. : )

Inilah projek@ eksperimen yang pertama di lab baru ku itu, ros buat buns ni semalam, tengahari lebih kurang pukul 1.00 petang, lepas lunch, bila tengok dalam peti ais ade labu yang masih belum di masak, terus dapat idea nak bubuh dalam roti, selongkar pulak ruang bahan kering, ade kismis hitam jenama LIGO yang kakyan bagi hari tu, ape lagi campur-campur je semua bahan tu, hasilnya bun labu ni memang lembut, moist dan gebus je sepanjang hari, ni dah dua hari pun lembut lagi ni, resepi ade kat bawah ni ye...kot-kot lah ade yang berkenan dan ingin mencuba. : )
Bahan-bahanya ( sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
)
220gram tepung roti 30gram tepung gandum 4 gram yis 1/2 biji telur 100 ml susu segar suam+1 sudu besar madu ( di kacau sebati) 2 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 40 gram butter atau marjerin 80 gram labu (yang telah direbus dan dilecek baru ditimbang)
bahan tambahan 1/2 cawan kismis hitam
bahan topping sedikit kelapa kering/ gula
( ros tak masukkan bread imporver atau bread softner, sebab dah letak telur, tapi kalau nak masukkan pun boleh juga, letak 1 sudu kecil ya, lagi satu kalau nak letak water roux pun boleh, makin gebus buns ni nanti )
Cara-Caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.
2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan madu, labu yang telah dilecek serta telur di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Cara lain jika menggunakan bread maker :
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali kisimis hitam, pilih menu dough dan tunggu sampai doh siap diuli baru masukkan kismis hitam dan uli sebentar, selepas itu boleh terus dibentuk bulat-bulat.
3. ( sambungan step jika uli tangan) Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara@angin. Uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. ( ros letakkan dalam papercup muffin dan susun dalam muffin tray, kemudian ros gliss permukaan buns dengan susu segar yang dicampur dengan beberapa titik madu dan tabur kan atasnya dengan kelapa kering dan gula.)
4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 18 – 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.
- di bawah ni ade gambar buns sebelum dan selepas dibakar, ros suke buat kecik-kecik, biar nampak comel je dan senang juga untuk dimakan.
 
 
 
Nota: Kalau tak mahu letak raisin pun takpe biarkan plain je, ros ambil sedikit doh bun ni dan biarkan kosong je, dan letakkan dalam aduan petak kecil, yang tak sangkanya, anak-anak suke dengan bun labu ni, agaknya lemak manis buns ni yang memikat selera anak-anak ros tu, ros pun dah jatuh cinta dengan rasa buns labu ni, sedap sangat, lain kali kalau ade labu nak buat lagi lah : )
|
|