Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Home >> Pencuci Mulut

Pencuci Mulut

Puding Tofu Buah Peach

Masakan - Pencuci Mulut

Semalam sebagai pencuci mulut, ros buat puding tofu buah peach ni, suke-suke je ros tambah tofu dalam adunan agar-agar tu, hasilnya sedap jugak, lagi tambah lembut dan selain tu tambah juga khasiat kalsiumnya, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, ros suke rasa puding light je, bila  masuk mulut sejuk je rasa : )

Bahan-bahanya

4gram agar-agar serbuk

4 sudu besar gula

4 biji buah yellow peach ( ros guna yang  dalam tin)

85gram tofu lembut

200ml susu segar

300ml air

tofu lembut yang ros gunakan.

Cara-caranya

1. Tofu dan 2 biji buah peach diblender halus, campur sedikit dengan air syrup dalam tin buah peach ni sekali. ketepikan.

2. Masak serbuk agar-agar dengan 300ml air dan gula, masak sehingga agar-agar larut dan agak mendidih, kemudian masukkan adunan tofu dan buah peachyang telah diblender tadi serta susu segar, kacau sebati. Biarkan seketika dan kacau selalu.

3. Setelah sebati, tutup api, hiriskan nipis lebihan 2 biji buah peach tadi dan letakkan di dalam acuan dan akhir sekali curahkan adunan puding tofu. Sejukkan seketika, setelah betul-betul sejuk baru disimpan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.

ros guna buah peach dalam tin tu, klu nak ganti buah cocktail pun boleh

Nota: Puding ni kalau nak buah kuah dia pun boleh, sesiapa yang rajin lah, boleh makan dengan kuah kastard dan hirisan buah cokctail, tabur je atas puding ni, pasti tambah menyelerakan.

 

Agar-agar Kopi Segera Dengan Krim Susu

Masakan - Pencuci Mulut

Ros memang penggemar kopi, tapi bila dah breastfeed ni kena jaga-jaga, sebab kafein tak baik untuk bayi, jadinya ros beli kopi yang kurang jumlah kafinnya,  kiranya 99.7% kafin dalam kopi ini telah dinyahkan. rasa kopi ni pun sedap, selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Bila dah ade kopi ni, terasa nak makan jelly kopi pulak, tu yang semalam terus buat tu, rasa jelly kopi ni akan tambah sedap bila kita makan dengan krim susu, kalau tak percaya buleh cuba. Resepi ade kat bawah ni ye, jumlah air untuk jelly ni ros lebihkan sikit sebab jelly kopi ni lagi sedap kalau jelly nye tidak terlalu keras. teksturnya ala-ala puding sikit.

kopi segera dan krim susu yang ros gunakan

Bahan-bahanya

4gram serbuk agar-agar

650ml air

3 sudu besar gula

3 atau 4 sudu besar serbuk kopi segera

*untuk topping*

sedikit cream susu ( ros guna jenama krematop Nestle)

Cara-caranya

1. Rebus serbuk agar2 bersama air dan bancuh sedikit serbuk kopi segera dengan 2 sudu kecil air panas, kemudian curahkan bancuhan kopi tadi didalam periuk yang berisi agar-agar.

2. Selepas itiu masukkan gula dan masak hingga mendidih, akhir sekali, curah di dalam acuan dan biarkan sejuk, baru di simpan di dalam peti ais, apabila ingin dihidangkankan, toppingkan agar-agar kopi tadi dengan cream susu, sedia untuk dinimakti, Selamat mencuba.

agar-agar yang sungguh creamy, sejuk je bila masuk mulut

Nota: Agar-agar kopi segera dengan krim susu ni amat sesuai dijadikan menu pencuci mulut, atau menu berbuka puasa.

 

 

Agar-Agar Kiub Soya Gula Melaka

Masakan - Pencuci Mulut

Buat manis mulut dan nyaman je bila di makan, ros suke buat agar-agar ni, walaupun kena buat dua step, tapi bagi ros tak lah leceh sangat, hasilnya sedap dan suke akan aroma gula melaka tu, masa kt kampung dulu kalau mak nak gi kenduri atau rewang tu, mak selalu request ros buat agar-agar ni, adedehhh teringat pulak kampung halaman..lagi-lagi sekarang musim buah kan, kat belakang rumah tu semua pokok dah keluarkan hasil, alangkah bahagianye kalau ros berada di negeri sembilan sekarang....uwaaa...berbalik pada cerita agar-agar ni, terpulang pada individu ya, nak guna agar-agar serbuk atau pun yang stripe tu, tapi kena pandai agak-agar air dia lah supaya tak terlalu lembik nanti, resepi ade kat bawah ni ya

Bahan-bahanya - sumber resepi This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )

1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus)

1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)

1 helai daun pandan

2 sudu besar gula

400 ml air

Cara-caranya

1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.

2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan,  kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.

3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

wangi je dengan aroma gula melaka dan daun pandan

Nota: kalau nak ganti gula melaka tu dengan gula merah pun boleh, tapi gula merah jangan letak byk sangat takut pahit, agar-agar ni selain sedap dimakan, rupanya pun cantik dipandang. : )

 

Aiskrim Tembikai

Masakan - Pencuci Mulut

Kat Malaysia sekarang musim durian, manggis,rambutan, jeles je tengok kawan-kawan yang upload gambar buah-buahan ni semua, sedapnye dapat makan buah-buahan tempatan yang segar kan,  yang kat jepun pulak musim tembikai, peach, cherry, panas-panas ni sedap je makan aiskrim, ros buat aiskrim tembikai ni dua hari lepas, baru hari ni teringat nak makan, rasa aiskrim yang lain dari yang lain, kalau tak caya, cepat beli tembikai merah dan cuba buat aiskrim ni, bagi ros sedap jugak, cuma aiskrim ni mudah cair sikit, kalau dah scop tu, kena terus makan, tak boleh biarkan lama-lama. Resepi asal dari myresipi, sumbangan  Nadia, terima kasih banyak-banyak, izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya..: )

Bahan-bahanya ( sumber resepi dari myresipi Nadia)

300cc tembikai ( ros guna 200ml)
1sb madu ( x letak)
300cc fresh cream ( ros letak 200ml)
3 sb gula halus ( 2 sudu besar)

Cara-cara

1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit. ( ros pukul sampai creamy dan agak kental)
3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
4. Bekukan dalam freezer
5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. ( ros pukul sekali je, pastu terus simpan dalam freezer- kes malas nak pukul banyak kali lah ni hehheehe)

light je warna pink aiskrim tembikai ni, lawa je nampak...: )

Nota: kalau nak toppingkan dengan sos strawberry ke, hirisan tembikai kiub ke pun boleh jugak, ros makan macam tu je, sebab malas nak topping2...amik gambar pun main snap je tu..: )

 

Projek Ais Kisar ( Kakigori) dan ABC

Masakan - Pencuci Mulut

Semalam hari cuti umum bagi Jepun Umi No Hi ( maksudnya Laut punya hari) kebanyakan orang jepun semalam berenang dan berpicnic di tepi laut ataupun mereka akan mengadakan natsu matsuri ( perayaaan musim panas), kami tak ke laut pun semalam, duduk rumah je, sebabnya cuaca diluar tu panas dan ros pun tak dibenarkan keluar rumah untuk berjalan-jalan. Jadinya projek kami anak beranak semalam ialah ber kakigori, mesin air batu lilo stitch tu dah dua tahun beli, pakai pun setahun sekali je, semua ade peranan sendiri semalam, dari tukang kisar, ke tukang topping, tukang basuh perkakas dan tukang kemas dan tukang perabis kaki gori, sempat jugak buat Air Batu Campur Mesia, walaupun banyak bahan yang tak cukup, tapi bolehlah ade lah rasa sikit. : )

mesin kakigori yang kami gunakan- ( manual guna tangan je)

Bahan-bahan untuk buat Kakigori

air batu secukupnya

syrup perasa ichigo ( stoberi)

syrup perasa melon

sudu

dan bekas kaki gori

caranya

1. Kisar air batu, kemudian letakkan di dalam bekas kecil, curahkan dengan syrup kegemaran anda, siap, senang sangat kakigori ni, rasa simple tapi cukup menyamankan.

Air Batu Campur yang tak cukup bahan

topping dengan jagung manis, agar-agar sirap, susu sejat dan syrup pandan

nyaman je bila masuk mulut...oishiii

contoh botol syrup perasa melon dan stoberi

Kaki gori ni memang sangat popular apabila tiba musim panas, nak tahu lebih lanjut boleh clik wikipedia ni ya...KAKIGORI-JAPANESE DESSERT

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini187
mod_vvisit_counterSemalam3248
mod_vvisit_counterMinggu ini8849
mod_vvisit_counterMinggu lepas22226
mod_vvisit_counterBulan ini22548
mod_vvisit_counterBulan lepas87939
mod_vvisit_counterJumlah370015
Jom Sembang
Latest Message: 6 hours, 9 minutes ago
  • k.yatie : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Lebaran di perantauan...moga ceria selalu dan sabar selalu..alhamdulillah thn ni akak dpt beraya di Msia bersama keluarga tersayang...mohon maaf zahir dan batin.
  • yatiali : Selamat Hari Raya Ros...
  • Kak Rose : Selamat hari raya maaf zahir batin buat ros sekeluarga... dari ber2 hingga ber5, bila boleh balik mesia? ke menetap terus disana? ppa pun take care!
  • nani : SALAM ROS.... SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR dan BATIN.. :)
  • hana : salam ros.... keitai dah ok! nnti bila2 pree akak kol er.. skang tgh emosi sket! wakakakakaa.. ngada2 sebenonyer.. kekekekeke
  • nur : Salam Ros,sihat ke? Knur sibuk hingga lambat nak reply..sowi ya..hehe..ini skrg baru nak mengukis...Selamat Hari Raya pada Ros yg jauh..knur pohon ampun dan maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yg pernah knur lakukan,terkasar bahasa harap dimaafkan ya.Salam syg juga dari Knur yg jauh. Take care.
  • Norasikin : Selamat Hari Raya
  • menn : kak ros..take care n selamat hari raya!!
  • sweetsal : dtg jenguk dr jauh, jgn sedih2 ye ros..slmt hari raya, maaf zahir batin..
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku datang bawakan soto sulung ni... :D oh ya, nanti tunggu card dariku ya, mungkin agak lambat sampai ke jepon. traffic pos hari raya ni kan full. hehe tak apa ya?.. :D
  • ~azatie~ : salam ros...dok ada baby masih rajen buat kukis yer..baby ngah baek yer..ngee
  • maz : salam ros..kmaz mai nk ucp slmat hri rya buat ros sklrga..maap zhir dan btin ye..esk kmaz dah mula brcti..nk blik kpung..hb akak pun dh slmat smpai pgio tdi..smga jmpa lgi ye ros..take care...lebiuuuu..
  • ummi : Salam Ros, apa khabar? Buat jugak ke kukis, or tempah jek...take care, muaaahhh!
  • hana : salam ros.. sama pulak puding kite..tp akak gune air soya... mls btol nk update msk2 lately nih... huhuuu
  • Chik mimi : salam ros panas2 ni nmpk puding ros tu cedappppnya
  • Hazila : Salam ros, dah buat kukis raya?
  • nani : salam ros... :) camne skrg? sihat? dapppp nye puding peach ni.. akak amik sket... nak rasa.. hehehe...
  • JC : Salam dear..banyak mengukis thn ni..jemput ambik kad raya kt rumah akak ia..selamat hari raya buat Ros sekelurga & maaf zahir batin
  • kzai : salam ros..ape kabar..semoa sihat bersama baby yg comel tu ye..dh abis pantang ke..byk ros masak2 ni..xleh dok diam kan..kalau nk mkn mcm2 kt perantauan..ciannye..
  • maz : salam ros..dah tdor ke tu..baby buat apa..rjin btul ros ni msk2..memang kmaz tabik spring la..nsi dgang pun ada..mrtbak pun ada..kmaz dah 2 mngu main bli je ros..hehe..
  • Nor : Ros, juast nak ucap terima kasih sebab ur blog and ur hard work memberikan saya dorongan untuk saya memasak untuk keluarga. Sangat puas hati dapat memasak sendiri untuk keluarga..:)
  • sweetsal : singgah tgk nasi dagang..nampak sedap..raya tak balik mesia ker?
  • hana : salam ros.. dtg bwk samosa inti tuna nih.. jemput la makan.. ko kan tk pose.. kekeke.. ala nasik tuh kompom dah abes. kuah ikan ader lg tak?? akak suker kuah ikan tuh!
  • fiza : sedap nyaa..
  • Ika : Salam ross.. ikan aya tak de lah eehhe... lama tak makan nasi dagang, ala2 nasi lemak tp lg sedap dagang nak buatnyer tu yg malas sikit kena kukus bagai :D
  • JC : Salam..akak pernah mkn seklai jer nasi dagang...nanti bole le cuba wat ikut resipi ni..tapi ikan bole guna ikan lain kan sebab akak tk mkn tongkol/tuna semua tu..take care
  • yantisa : salam ros, saya sekrang kalau ada masa lapang, mesti akan sentiasa ke jintanmanis.com untuk mengikuti perkembanga baru ros & masakan. Sebenarnya kagum, dlm pantang boleh lagi masak macam2, org yang tak pantang pun belum tentu dpat buat apa yg ros buat. Jaga diri & teruskan update jintanmanis.com ye
  • LOVELY KITCH : Salam ros...tq for the wishes...waaa dpt juga tgk bb wazhif dgn anas dan damia...nasi dagang fav tu..sedapnya!!
  • deetha : salam Ros, sehat? lama aku tak singgah sini & update blogku nih, sedang malas mengetik resep.. hehe sudah akhir2 ramadhan ni sibuk @ masjid aja, kerja dah malas, maunya cuti..hahahha
  • sue : Salam ros..hari ni sihat?..Sempat lg buat murtabak ya..Akak ni beli ja tau..ekekkeke..Ros! ada kad utk ros tanda ingatan & persahabatan..
  • fmina08 : ros..akk dah wat dah..tinggal tunggu nk ngap jek..hahahaha...
  • fmina08 : ros..inti tu xyah masak dulu ye? just grg je lam kulit popiah?
  • Kakintan : salam Ros...kakintan mmg tak buat kuih just order dgn kawan2...insyaallah selalu ingat Ros..he..he..
  • Chik mimi : salam ros wah good idea guna tuna,boleh try nnti,ros sihat ke?
  • Ika : Salam ross, akak sejak tahu murtabak ni boleh guna kulit popiah sampai skrg jugak tak pernah nak cuba hihihi.. pdhal senang tp nmpk sgt akak ni pemalas :D
  • fiza : tepung pelita dia lawa
  • inahar ali : salam rindu ross..dh abih pantang ke?? hrp ros & baby sihat sokmo ye!
  • JC : Salam..dah berbuka ke..akak baru start posa ni baru 8 lebih pg..tk care
  • nuzula : Salam singgah n salam perkenalan :)
  • hana : salam ros.. akak pong kdg tk ltk kapur mana2 kuih yg sepupu sepapat cenggini. sbb takut terlebey kapur. naya ko! meh tuko ngan puding akak nak tak??
  • Anawahid : alala ros yg semanis sirap ros hehe.. nak tpung pelita!!!
  • maz : salam ros..waa..rjin btul la adik kmaz ni..buat tpung plita plak..memang kalah org yg xbrpntang ni..asik duk main bli je..baby duk wakpe tu..
  • kamalia : salam ros..arini br berkesempatan nak komen..akak mmg kagumla kat sesape yg bersalin kat obersi nih..yela,sume bnda kite kena buat sndrikn..pastu,emosi pun kena jage jugak,ye tak?alhamdulillah,ros dpt lalui sume tu dgn kuat n tabah..tepung pelita mmg feveret,tp takut bile buat,xde sape yg nak mkn pulak..jaga diri ye..:)
  • Ika : Salam ross, akak sampai dah akhir2 puasa pun tak terbuat lg tepung pelita ni nanti nk buat jgklah kalau rajin ari ni buat :D akak tgh berkecil hati :-( ehehe
  • izah : ros..alhamdulillahsihat ye.itulah pengorbanan seorang ibu yang tak dpt dibayar oleh anak2..syurga sahaja tempatnya..moga menjadi ibu yang sihat dan bertenaga ye..hehe..
  • hana : salam ros... tipon aku dah king KONG bandii!! huH! mencik! dua2 plak tuh! nih tgh order spare part! erkk.. patutnyer tpon baru kan kan! ader ker spare part ajerk!! huH! nyampas ai!
  • zures : comeynyer babby tu...
  • zai : salam ros, lama xkesini..apa khabr agaknyer..harap2 makin sihat... kuatnyer ros bila bc criter berpantang kat rantau org..apapun harap sentiasa tabah yer
  • 14sept : alahai.. sian kak ros berpantang sorang kat sana. x pa kak ros, sok leh cita kat anak2 ya :) kish sket kat wazhif
  • nur : Salam Ros, sihat ke? Alahai sedih aje bunyi nyer..sabar ya ros..moga ros cepat sihat..comelnyer wazhif tu..comel2 anak2 ros...geram pulak knur tengok, maalum kak nur dah tak ader anak kecil..yg bongsu pun dh nk msk 11thn. aro
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..