
Menu ni pun menu tertunggak, baru hari ni nak dipublish, ros guna sos pasta segera je, sedap jugak, takyah nak tumis-tumis, main lebur je sos tu, dan tambah udang, asari dan sotong, biar lagi rich rasanya, ros topppingkan pula dengan aujiso ( daun oba) dan daun pasley yang segar dari kebun kecil ku di balkoni tu..: ) bahan yang ros gunakan adalah seperti di bawah

Bahan-bahanya
2 ikat spaghetti
1 kotak sos pasta tomato segera Italy ( boleh ganti dengan sos prego)
sedikit hirisan sotong
sedikit asari ( macam lala)
beberapa ekor udang yang dibuang kulit
hirisan daun pasley
hirisan daun aujiso ( takde pun takpe)
sedikit serbuk parmesan cheese
sedikit olive oil
caranya
1. Rebus spaghetti di dalam air rebusan yang mendidih, masukkan juga 2 sudu besar garam dalam air rebusan tadi, rebus mengikut masa dan arahan pada paket spaghetti, angkat dan toskan, gaul spaghetti tadi dengan sedikit olive oil supaya tidak melekat.
2. Didalam fry pan, panaskan 2 sudu olive oil dan tuangkan sos pasta segera, setelah agak mendidih masukkan hirisan daun pasley, udang, asari dan sotong, biarkan kuah agak pekat dan asari terbuka kulitnya, sesuaikan rasa, jika tawar masukkan sedikit garam, dan tutup api.
3. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi dan letakkan di atas pinggan, curah kuah pasta seafood dan toppingkan dengan aujiso dan serbuk parmesan cheese, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

harum semerbakje kuah pasta seafood ni

Nota: Ros suke aroma daun aujiso ni, wangi je, bila kunyah tu membangkit kan selera, kalau nak ganti daun aujiso tu dengan italian pasley pun boleh, ataupun hirisan daun pasley, ikutlah citarasa masing-masing ya.

Berapa punya panjang lah nama resepi,...kiranya maksud nama masakan kt atas tu lebih kurang macam nilah, spaghetti di masak dengan minyak zaiton basil bersama kangkung, puas cari tadi apelah nama kangkung dalam english, akhirnya wikipedia memberi jawapan, water spinach rupanya. Ros saje je masukkan dalam spaghetti ni, sedap juga, bila dicampur pula dengan minyak zaiton basil pemberian Kak Hani tempoh hari, lagi lah tambah aromanya, tidak lupa juga sedikit asari,oregano dan thyme. Ala-ala paperocino sikit rasanya cuma kaya dengan aroma herba omputih dan khasiat dari sayur kangkung, lain kali boleh buat lagi ni, sedap pun sedap. Resepi campak-campak ni ade kat bawah tu ye. : )
Bahan-bahanya 2 ikat spaghetti 100gram asari ( macam lala ) - x letak pun takpe 2 ulas bawang putih 1 tangkai cili kering 1/2 ikat kangkung beberapa titik minyak zaiton basil sedikit oregano sedikit thyme garam 2 sudu besar minyak zaiton
Cara-caranya
1. Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket, dan jangan lupa masukkan 2 sudu makan garam dan sedikit minyak dalam air rebusan spaghetti tadi dan rebus seperti biasa. Selepas itu celur kangkung dan ketepikan.
2. Kemudian, panaskan olive oil, dan tumis bawang putih bersama lada kering yang dihiris halus, setelah naik bau dan bawang putih agak garing, masukkan asari, gaul sebati dan tutup fry pan, biarkan selama 5-7 minit ataupun sehingga asari terbuka kulitnya.
3. Akhir sekali, masukkan pula kangkung yang telah dicelur dan spaghetti , gaul sebati, masukkan juga beberapa titik minyak zation basil, oregano, dan thyme serta sedikit garam, kacau lagi, setelah semua nya mesra, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Inilah minyak zaiton basil dan herba-herba kering yang ros gunakan.

petik kangkung dari balkoni rumah je : )

sedia untuk dihidangkan, wangi dan sedap je bau spaghetti ni

Nota: Penambahan herba dan minyak zation basil serta asari tu ikutlah selera masing-masing ya, tak letak pun takpe, dan sayur kangkung tu juga boleh ditukar dengan ape jua sayur kegemaran anda.
Last Updated (Tuesday, 22 June 2010 16:51)

Bahan-bahanya ( resepi dan cara di bawah ni lah yang selalu ros gunakan bila buat lasagna)
6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.
-bahagian inti daging- 3/4 cawan daging cincang 1 biji bawang putih (dicincang) 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu) 2 biji tomato ( potong dadu) 1/2 biji carrot ( potong dadu) 6 ketul cendawan ( potong dadu) 3 sudu besar tomato ketchup 2 sudu besar olive oil
Bahagian white source 1 cawan susu segar 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu besar cheese powder 2 sudu besar butter 1 sudu kecil garam sedikit lada sulah
( semalam ros tambah juga 50ml nama cream ( whipping cream) lagi creamy white souce ni)
Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna
untuk topping sedikit hirisan daun pasley kering
Caranya 1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.
2. Buat White source campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.
3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

yang ni untuk ummi dan abah

yang ni pulak untuk Kakak Damia dan Anas
Nota: Semalam ros buat dalam dua acuan petak panjang yang sederhana, satu tu ros kurangkan letak inti daging tu, letak sikit-sikit je, yang satu petak ni khas buat anak-anak, sebab diaorng ni tak suke sgt rasa tomato tu, jadinya nampak creamy je lasagna tu, ros lebihkan white sos dan taburan keju mozarela. : )

Ni menu dinner kami dua hari lepas, ros masak spaghetti asari, asari ni lebih kurang kalau kat Malaysia macam lala atau siput retak seribu tu, isi dalamnya pun same je, selain sedap masukkan dalam spaghetti, sedap juga dimasukkan dalam miso shiru, ros gandingkan menu spaghetti ni dengan crispy potato wedges : ) laju je anak-anak makan.
Bahan-bahanya
2 ikat spaghetti ( rebus ikut arahan pada paket) 1 paket kecil asari ( asari ni klu kt mesia macam lala ) 1 tangkai lada kering, di gunting halus 2 ulas bawang putih ( dicincang kasar) 2 sudu besar olive oil sedikit hirisan daun pasley
( jika tiada asari di rumah, boleh juga gantikan dengan 2 sudu besar tuna flakes yang dalam tin tu, ros pernah buat, sedap juga)
Caranya
1. Rebus spaghetti dan ketepikan ( air rebusan spaghetti ni masukkan 1 sudu besar garam) , dalam fry pan masukkan olive oil dan tumis bawang putih dan hirisan lada kering hingga layu, kemudian masukkan asari dan tutup fry pan dengan penutup dan biarkan asari betul-betul masak, kulit asari akan terbuka.
2. Selepas itu masukkan spaghetti dan hirisan daun pasley, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Apabila hendak di makan, tabur sedikit dengan parmesan cheese dan sos tabasco, baru sedap. Selamat Mencuba.

-kalau tak letak asari tu, jadi macam paperocino spaghetti, cara masa same je-

potato wedges ni ros tak rebus pun kentang tu dulu, terus goreng je, dan ros double coating dengan katakuriko( tepung kentang) , kasi lagi rangup bila goreng tu. Resepi boleh rujuk di SINI.
Nota: Kalau nak tambah dengan kanikama ( kanistick) pun boleh juga, menambahkan lagi rasa dan warna pada spaghetti ni, menu spaghetti ni memang senang nak masak, rasa pun sedap, amat seseuai pada suri rumah yang sentiasa sibuk dan mengejar masa.
|
|