Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan

Share

sebagai contoh, pasport n surat beranak Musfirah Damia Yusop

Atas permintaan beberapa rakan Malaysia yang melahirkan bayi di jepun, di sini ingin ros kongsikan  bersama proses dan senarai dokumen yang perlu ade, untuk ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak dan membuat passport di Kedutaan Malaysia, Tokyo.

1. Pertama sekali setelah bayi selamat dilahirkan, Doktor ( sensei) akan bagi surat dan bawa surat tu berserta boshi techo ke kuyakusho (ward office) berserta alien card ibu bapa bagi mendapatkan surat beranak jepun.

2. Setelah dapat surat beranak jepun tu, pergi buat Visa di Imegresen, kena buat visa ni dalam masa sebulan dari tarikh bayi dilahirkan. Visa ini amat penting bagi proses buat passport baby di kedutaan nanti. Dokumen yang diperlukakan untuk bawa ke pejabat Imegeresen Jepun ialah.

a) jyurisyomeisho (dapatkan salinan yang bercop pengesahan kuyakusyo)

b) Boshi Tecyou

c) Alien Card Baby

d) 登録原票記載事項証書 yg tertulis semua ahli keluarga.

* Dulu masa Damia kami terrr...buat lambat Visa ni, lebih dari sebulan damia dilahirkan, kena soal dengan pihak Imegeresen kenapa tak buat, kesian kami masa ni, sebab takde sape pun yang bagitau pasal buat Visa ni, sebab itulah ros terpanggil nak kongsikan informasi ni, supaya ia nya tak berulang pada  rakan-rakan yang lain.

* Daftar Di Embassy* - Untuk Sijil Kelahiran.

- Untuk Sijil Kelahiran ini tempoh yang diberikan ialah setahun dari tarikh bayi dilahirkan.

Dokumen yang perlu di bawa

1.Passport Ibu & Ayah ( bawak yang original passport dan buat satu salinan senarai di bawah)

a.muka depan sekali dan muka surat yang ade pelekat VISA  tu.
b.muka surat yang tulis tak boleh pegi ISRAEL
c.muka surat kedua dari belakang yang ada cop dimana passport tu di keluarkan
d.muka surat belakang sekali yang ader signature.

2.surat beranak Ibu Bapa (original & copy depan blkg)

3.IC Ibu Bapa (original & copy depan blkg)

4.surat nikah (original & copy everypage) - yang ni nak 2 salinan

5.登録原票記載事項証書 (gaikokujintourokushosyoumei) yang tertulis semua ahli kelurga (dpt di kuyakusyo sekeping 200yen)

6.baby nyer spital syuseitodoke (original & copy)

7.jyurisyomeisho (kuyakusho bg)

8.gambar baby 4 keping, ( latar belakang warna biru )  (3.5 darab 5.0 cm) - masa amik gambar ni kena mention dekat juru gambar tu nak saiz macam ni. ( TERKINI...LATAR BELAKANG PERLU WARNA PUTIH) .

* Kalau nak selamat, buat je 2 salinan semua dokumen ni*

* Untuk Passport Baby*

1.Paspot mak ayah(ori & copy first page,2nd page,visa,last page)
2.ic mak ayah (ori & copy depan blkg)
3.surat nikah (ori & copy everypage)
4.surat beranak baby(ori & copy)
5.mak ayah&baby nyer alien registration card(ori & copy)
6.baby nyer visa (ori & copy)
7.gambar baby 3.5 X 5.0cm (4 keping)


* Yang kena fotostat tu buat je dua salinan, tapi kalau tak cukup ade je kombini dekat dengan embassy ni, kena jalan kaki sikitlah, kalau semua dokumen cukup proses ni kejap je.

* Bayaran yang dikenakan untuk dua dokumen penting ni lebih kurang  = 4842yen

* Masa nak buat permohonan passport baby dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tghari sahaja, petang hanya untuk collect passport baby.

- Tempoh untuk passport ni siap lebih kurang 3 bulan, so pada sesiapa nak plan bawak baby balik mesia untuk becuti tu mesti kena buat awal lah, lepas je siap pihak embassy akan poskan poskad dan bila dah dapat poskad ni, kita boleh collect passport tu bila-bila masa sahaja.

- Kalau nak rujuk kat link ni pun boleh, MSAJ Mesej dari Embassy.

nilah sijil kelahiran Damia bersaiz A4

contoh poskad yang embassy poskan, alamat umah tu kita dah tulis siap2 masa kt embassy

Wazhif punye passport n surat beranak kami tak collect lagi ni, poskad dah sampai dah.

Nota: Rasanya ni je kot dokumen yang perlu, kalau ade yang ros tetinggal bagitau ya, nnt ros edit balik entry ni, harap dengan informasi ni dapat memberi manafaat pada yang memerlukan.

 

sila rujuk  LINK ini untuk rujukan lanjut ade mesej dari Kedutaan Malaysia di Jepun by MSAJ

 

Share

 

Comments  

 
0 #13 MSAJ 2014-07-08 11:24
Salam,

Please relink the "Message from the Embassy" to this new link:
http://www.msaj.net/message-from-the-embassy/

Sekian.
Quote
 
 
0 #12 Ariff 2014-02-14 20:08
As salam,
Andai kate xde Surat Beranak n Surat Kawin Parent .. mcm mane? Still boleh proceed ke proses ni?
Tengs atas reply
Quote
 
 
0 #11 fadzilah 2012-08-31 16:29
dokumen yang embassy keluarkan adalah Brg W yang menyebut Damia adalah seorang warganegara msia- wlpun Damia lahir di Jepun. Tiap2 kelahiran yang berlaku diluar negara yang bapanya adalah seorang warganegara malaysia layak di keluarkan dgn dokumen tersebut provided marriage adalah teratur.
Quote
 
 
+1 #10 2011-01-24 17:23
Quoting chor:
thank you for the info..visa dah settle..tinggal pasport dengan birth certificate je..BTW , utk deal dgn embassy ni kena bawa baby skali tak? anyway, my wife kirim salam perkenalan.. yoroshiku onegaishimasu..chor &yanna

salam chor dan yanna, yokatta ne visa dah settle, utk deal ngan embassy nnt mmg kena bwk baby, sbb nnt baby kena cap jari, kiri dan kanan , masa collect je tak perlu bwk baby, kirim salam balik pada you wife ya...salam dari Osaka
ros n family
Quote
 
 
0 #9 2011-01-24 01:07
thank you for the info..visa dah settle..tinggal pasport dengan birth certificate je..BTW , utk deal dgn embassy ni kena bawa baby skali tak? anyway, my wife kirim salam perkenalan.. yoroshiku onegaishimasu..chor &yanna
Quote
 
 
0 #8 2011-01-03 09:42
Quoting chor:
:-) askm...nak tumpang tanya bleh tak? anak saya baru lahir 29Dec aritu..3hb wife ni kluar wad..then 4hb tu ingat nak gi daftar kat ward office..pastu 5hb nak pegi imigresen settlekan hal visa.Boleh ke apply visa wlpn baby tu takde pasport lagi? FIY saya duduk area saitama-ken.
Yoroshikune...

salam chor, buleh je buat visa wlupun baby takde passport lagi, dun wori, visa tu hanya nak annaunce yang baby dah lahir dan untuk rekod di imegeresen, nnt apply je visa mcm biasa ok, klu buat re-entry je baby kena ade passport, harap maklumat saya ni dpt membantu ya, by the way, omedetou dpt baby ya, kim slm wife...ape2 kemusykilan lagi leh email saya kt sini ya .
Quote
 
 
0 #7 2011-01-03 03:02
askm...nak tumpang tanya bleh tak? anak saya baru lahir 29Dec aritu..3hb wife ni kluar wad..then 4hb tu ingat nak gi daftar kat ward office..pastu 5hb nak pegi imigresen settlekan hal visa.Boleh ke apply visa wlpn baby tu takde pasport lagi? FIY saya duduk area saitama-ken.
Yoroshikune...
Quote
 
 
0 #6 2010-12-08 09:47
Quoting Suhaila:
Salam Ros,

Salam perkenalan dan TQ for the info.
Ada soalan sket :
1-Daftar Sijil Kelahairan & Passport tu bole buat hari yg sama kan?

2- Untuk buat Passport baby, surat beranak tu surat beranak Jepun ke?

salam sue, sori lambat balas, sibuk sikit la ni, ok, jawapan no.1, dua dua dokumen ni boleh buat hari yang same.
jawapan no.2, surat beranak malaysia, nnt pihak embassy akan copy kan bila sijil kelahiran baby kita siap, so tu bukan surat beranak jepun ye, surat beranak jepun untuk buat sijil kelahiran baby je...utk passport surat beranak mesia ye....
Quote
 
 
0 #5 2010-12-03 14:09
Salam Ros,

Salam perkenalan dan TQ for the info.
Ada soalan sket :
1-Daftar Sijil Kelahairan & Passport tu bole buat hari yg sama kan?

2- Untuk buat Passport baby, surat beranak tu surat beranak Jepun ke?
Quote
 
 
0 #4 2010-12-03 10:04
Quoting sue:
:o cam remeh ja..tapi kena buat juga kan.. :D

wajib buat kak sue, nnt takleh balik mesia uwaaaa
Quote
 
 
-1 #3 2010-12-03 10:04
Quoting K.NaNi:
uikkkss.. banyak keje.. kan.. mmmm..
:-*

byk keje kak, tp bila dah siap, semua ni legaaaaaa
Quote
 
 
0 #2 2010-12-02 13:39
cam remeh ja..tapi kena buat juga kan..
Quote
 
 
0 #1 2010-12-02 11:13
uikkkss.. banyak keje.. kan.. mmmm..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh