Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 406 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Minuman

Iced Chai Latte with Honey

Masakan - Minuman

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, semalam di Osaka cuaca agak panas, jadinya nak minum yang sejuk-sejuk dan berais je, bagi membasahkan tekak ni, dah lama ros tak buat chai latte, ros sukakan rasa chai yang berempah ni, aroma dari halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang tu menaikkan lagi rasa chai ni, first time ros minum chai ni masa duduk di Nagoya 7 tahun lepas, balik rumah masa tu terus teringatkan kesedapannya, cuba cipta resepi dan suai bahan supaya rasanya same dengan chai kat kedai tu, akhirnya berjaya juga, husband ros pun suke, resepi sama je dengan chai latte yang pernah ros posted kan dulu, cuma kali ni ros tambahkan sedikit madu akasia dari jenama Yamada Bee Farm bagi menggantikan penggunaan gula supaya chai  latte ni kurang kalorinya. Resepi ade di bawah ni ye. Selamat Mencuba.

madu dari bunga Akasia yang ros gunakan jenama Yamada Bee Farm

Iced Chai Latte with Honey
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 uncang teh jenama Lipton, (nak guna teh serbuk atau guna jenama lain pun bole)
1 batang kulit kayu manis atau 1 sudu kecil serbuk cinnamon
4 biji buah pelaga
3 biji cengkih
sedikit halia ( dihiris nipis, agak-agaklah dalam 4 hirisan)
200ml susu segar
350 ml air
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar madu

( kalau tak cukup manis, boleh tambahkan sedikit gula dan kalau nak lagi creamy boleh tambahkan sedikit fresh cream -whipping cream)

Cara-caranya
1. Panaskan air bersama  teh uncang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia, bunga lawang dan cengkih. Biarkan mendidih.

2. Kemudian masukkan susu segar dan biarkan sebentar dengan api perlahan, dan kacau sebati.

3. Akhir sekali tapis chai dan curahkan di dalam cawan, masukkan madu dan kacau sebati menggunakan sudu,  sesuaikan rasa, kalau kurang manis boleh tambahkan sedikit gula, letak berberapa ketul ais dan sedia dihidangkan sejuk, Selamat Mencuba.

suke aroma dan rasa chai ni....harum semerbak...

Nota: Kalau nak dihidangkan panas, tak perlu letak ais, masukkan madu dan boleh dihidangkan segera.

 

Susu Soya Pandan Suam

Masakan - Minuman

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua, pagi tadi lepas buat kerje rumah ros buat air susu soya pandan, saje nak cuba letak daun pandan dalam air soya tu, dan susu soya ni tanpa pewarna tambahan, dan boleh juga di katakan casein free dan gluten free, sesuai untuk kanak-akan atau individu yang sedang dalam GFCF diet, buat sendiri baru terjamin kan, kalau nak lagi berkhasiat guna kacang soya organik. Resepi same je dengan susu soya homemade yang ros dah pernah letak sebelum ni, cuma tambahkan 8 helai daun pandan yang dikisar bersama air soya. Selamat Mencuba.

Homemade Susu Soya Pandan Suam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.

4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

tanpa bahan pengawet dan pewarna tambahan

Nota: Harum wangi je air soya ni, rasanya kalau minum sejuk-sejuk lagi best ni, cuaca pun agak panas kan sekarang ni..: )

 

Susu Soya Coklat

Masakan - Minuman

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhhh cuaca panas kan sekarang ni, bila dapat minum air sejuk, nikmatnya tak terkata, minuman feveret ros air soya, buat sendiri boleh dapat banyak kan, lepas tu ade pula permintaan nak susu soya coklat, Kakak Damialah tu, bancuh je dengan serbuk koko, senang dan sedap, resepi same je macam kita buat homemade susu soya tu, dan boleh juga rujuk resepi kat bawah ni ye.

Homemade Susu Soya Coklat
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
250gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

( 2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 3 sudu besar air suam)

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, Bancuh serbuk koko bersama air suam, kemudian campurkan dengan susu soya tadi, masukkan ais dan sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.

memang sedaplah susu soya coklat ni, patutlah budak-budak suke : )

Nota: Nak letak warna hijau pun boleh, esen pandan sikit, sekarang ni macam-macam perisa air soya kan, perasakan lah ikut selera masing-masing ya.

 

Teh C Peng/ 3 Layer Tea

Masakan - Minuman

Assalammualaikum WBT dan selamat malam semua, niatnya petang tadi nak buat teh tarik dangdut, tapi tak confident pulak bab tarik tu, takut buih tu tak jadi, akhirnya ros buat teh C Peng resepi Jiya , sedap mudah dan cantik juga di pandang, sebab ade 3 lapis kan, adik-adik pun teruja nak minum, lagi sedap dari rasa teh tarik biasa tu, sebab ade air gula melaka kan, tapi pastikan guna susu cair ye, sebab nak imbangkan kemanisan air teh c peng ni, kalau guna susu pekat manis tu, buleh jugak, tapi kena pandai agak, pada Jiya terima kasih ya kongsikan resepi air teh c peng yang maveles ni. : )

Teh C Peng/ 3 Layer Tea
Sumber resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Teh Pekat
Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal)
Gula melaka pekat ( ros letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni)
ketulan ais

Cara-cara

1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2...
4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

3 layer tea siap...sedap sangat....suke suke..

Nota- Guna susu cair@ susu sejat carnation lagi bagus, lagi berkrim rasanya, dan air gula melaka tu letak sikit daun pandan, makin harum aromanya.

 

Homemade Air Soya Lemak Manis

Masakan - Minuman

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu gi kedai runcit kat kampung ros ni, ternampak lah pula, sebungkus kacang soya, 200gram tu baru rm2 murah murah, ape lagi balik rumah terus rendam dan dah terbayang akan kesedapan air soya buatan sendiri, ros rendam semalaman, biar kacang soya tu betul-betul kembang. resepi ni , yang biasa ros buat dulu, ros tambahkan sedikit garam bagi menambahkan rasa lemak dalam air soya ni, resepi air soya ni boleh rujuk kat bawah ni ye, boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa, buat sendiri baru terjamin kebersihannya.

Homemade Air Soya Lemak Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

ni pula air soya suam, sedap jugak

terasa akan kepekatan dan ke-enakkanya

cuaca panas, kita letak air batu sikit....slurppp..

jemput minum semua

okara@hampas kacang soya, nantikan menu yang berasaskan okara di entry akan datang.

Nota: Kepekatan air soya ini, boleh dilaraskan, jika mahu pekat boleh ikut kuantiti 2 litre tu, jika nak cair sikit boleh juga tambahkan kuantiti airnya.

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini5443
mod_vvisit_counterSemalam6765
mod_vvisit_counterMinggu ini5443
mod_vvisit_counterMinggu lepas48379
mod_vvisit_counterBulan ini128620
mod_vvisit_counterBulan lepas180139
mod_vvisit_counterJumlah7369548
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..