Blog - Keluarga

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan satu lagi kejayaan jintanmanis.com di media cetak, kalau tak silap ros masa akhir Jun lepas, salah seorang staff editor majalah MIDI iaitu Sis Siti Marian Elias memberi email pada ros dan beliau memintan ros menyumbangkan 5 resepi Kek atau muffin dalam majalah mereka nanti. Nasib baiklah dated lined yang diberi panjang, so bolehlah ros memilih dengan teliti mane resepi yang ingin diberi.

Alhamdullilah segala proses menghantar dan mengedit setiap resepi berjalan dengan lancar, walaupun ade satu resepi yang telah di-reject dan ros kena cipta satu resepi baru, bila kami dah selalu berhubung dan masa ros perlu memberi maklumat peribadi, Sis Mariam tu terkejut sebab umur ros rupanya tak masuk 30-an lagi dan tak berapa sesuai nak masuk majalah MIDI heheehehe, tapi takpelah kan, sumbang resepi je dan pada pagi jumaat yang lepas kawan blogger ros iaitu Kak CT Delima yang sentiasa kelihatan muda tu, memberitahu ros bahawa majalah MIDI telah ade di pasaran dan terdapat link jintanmanis.com di dalam majalah tu, teruja sangat mula-mula dan ros meminta kak Ct Delima mengambil gambar front cover majalah dan semua gambar resepi ros yang keluar dalam majalah tu, terima kasih ya Kak CT, jasamu dikenang, sayang akak, terdapat juga resepi kak CT Delima dalam majalah ni berserta dua lagi blogger masakan iaitu dapur Ibundo dan AzieJaya, Tahniah juga ros ucapkan.

Kalau nak tahu ape resapi yang keluar, jom pakat beli majalah MIDI tu ya, kalau rasa belum sampai middle age pun boleh belikan untuk Mak ke, kakak ke, makcik ke sape-sape jelah, tapi perkongsian ilmu dalam majalah tu sesuai untuk semua juga. akhir sekali terima kasih atas sokongan dan doa semua selama ni, tanpa dorongan semua jintanmanis.com takkan sampai ke tahap ini.

- semua gambar hasil tangkapan Kak CT Delima dari blog Dari Dapur CT. tq so much kak. : )

ni adalah salah satu muka surat resepi jintanmanis.com tu, nak tahu resepi lain yang keluar, nanti beli majalah MIDI ya, boleh belek puas-puas hehehehehe : )

p/s: rezeki yang diterima dari kumpulan karangkraf ni bolehlah buat beli baju raya untuk anak-anak takpun simpan dalam bank buat kenangan, rezeki yang ditolak kan musuh jangan dicari.

Share

 

Comments  

 
0 #3 ummi 2012-07-30 16:43
Ros, tahniaaaahhhh....tumpang bangga dengan Ros, walaupun dalam sibuk2 dgn rawatan Anas tu masih sempat lg menyumbang resepi, akak kagum dengan ibu setabah Ros, moga ada ganjaran nnt.....yg penting bakat dan resepi2 Ros mmg layak dapat perhatian dari majalah2 yg sealiran, sayangnya Ros dah di rantau org yea...x dpt nak cari majalah ek... ^__^
Quote
 
 
-1 #2 hajar 2012-07-30 14:01
salam ros...wah tahniah2...hehehe
Quote
 
 
0 #1 sue 2012-07-30 13:07
Tahniah Ros!..
Akk dah bp bulan tak beli mag ni..Rupanya2 kali ni u all masuk sini pulak ya...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh